Tuesday 9 February 2016

Emas Mengelakkan Kebocoran

Apakah maksudnya?

Simpanan emas telah membuatkan kita membekukan wang kertas dalam bentuk logam berharga yang diiktiraf di seluruh dunia.Malah di dalam Al-Quran juga disebut mengenai emas dan perak berulang kali menunjukkan ia bukanlah sebarangan logam sebaliknya logam yang berharga (precious metal).Peringatan juga diberi kepada yang menyimpan emas dan perak namun tidak berzakat.Rasulullah juga ada bersabda :

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Tidak ada seorang pun yang mempunyai emas dan perak yang tidak menunaikan zakatnya, melainkan pada hari kiamat dijadikan hartanya itu beberapa keping api neraka. Setelah dipanaskan, digosokkan lambung, dahi dan belakangnya. Setiap kali ia sejuk, dipanaskan semula pada satu hari yang lamanya 50 ribu tahun sehingga Allah menyelesaikan segala perkara yang berkaitan dengan hamba-Nya.”



Emas mengelakkan kita dari terjebak dengan skim cepat kaya,skim ponzi dan MLM yang hanya mencari downline serta pelbagai pelaburan yang tidak sah namun menjanjikan pulangan yang hebat setiap bulan.Menyimpan emas tidak menjanjikan anda pulangan bulanan namun ia menjamin kewangan anda di masa hadapan.Emas tidak boleh membuatkan anda kaya serta-merta tetapi ia mengelakkan anda dari terus miskin.

Simpanan emas menyelamatkan kewangan anda dimakan inflasi.Tahukah anda berapa peratus inflasi yang berlaku setiap tahun?Inflasi ini dapat dilihat dengan jelas apabila barang-barang di sekeliling kita perlu dibayar lebih wang kertas untuk andamemilikinya.Jika dahulu anda boleh membeli banyak barang dengan RM50,sekarang wang dengan nilai yang sama hanya mampu membeli beberapa barang sahaja.

Wang kertas semakin disusut nilai kerana ia matawang yang tidak bersandarkan apa-apa.Negara kapitalis boleh mencetak wang fiat ini sesuka hati mereka dan merompak harta benda di seluruh dunia.Dalam masa yang sama merekalah penyimpan emas yang terbanyak.Mereka membuatkan anda,malah kita semua percaya wang merekalah yang paling berharga.

Setiap kali harga emas melambung,ia menunjukkan betapa lemahnya wang kertas.Wang kertas ini semakin hari semakin susut nilainya.Mahukah anda menyimpan kertas yang semakin lama semakin tidak berharga?

Ya,pasti ramai yang akan katakan ‘mana boleh hidup tanpa wang kertas’.Baca lagi dahulu fakta seterusnya.Sedarkah anda wang kertas adalah debu-debu riba yang terpaksa kita gunakan pada hari ini?Ini yang disebut-sebut oleh pejuang dinar dan dirham yang tidak kenal erti penat dan lelah dalam usaha menyebarkan tentang peranan Dinar dan Dirham (DnD)

Jadi,dengan meyimpan emas,anda sedang berusaha untuk menukarkan wang kertas anda kepada emas dan perak dan hanya tinggalkan sedikit wang kertas untuk keperluan.Wang kertas masih diperlukan sebagai medium pertukaran on the spot untuk membeli barang-barang dankeperluan lain .Namun,sekarang telah ada pihak-pihak yang menerima Dinar dan Dirham dalam transaksi bisnes mereka.Alhamdulillah.

 Simpanan emas ada auranya sendiri,sekali anda bermula,anda pasti ingin menyimpannya lagi.Ia beranak pinak dan semakin bertambah dari semasa ke semasa.


#farwizahrichgold
0199027834

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FARWIZAH M.I.D LOVE'S Copyright © 2015 Designed by NH Design