Friday 15 January 2016

7 Zikir Menjemput Rezeki

Jom jemput rezeki..

1. Memperbanyak Membaca – La hawla Wala
Quwwata Illa billah – Barangsiapa yang
lambat datang Rezekinya hendaklah banyak
mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa
billah (HR. At- Tabrani)



2. Membaca – La Ilaha Illallahul Malikul
Haqqul Mubin -
Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha
illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan
itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan
menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam
Kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).

3. Membaca – Subhanallah wabihamdihi
Subhanallahil adziim . Dari setiap Kalimat itu
seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada
ALLAH Ta’ala sampai hari Kiamat yang
Pahala Tasbihnya itu diberikan Untukmu.
(HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

4. Membaca Surat Al-IKHLA S:
Barangsiapa membaca Surat AlIkhlas ketika
masuk rumah maka berkah bacaan
Menghilangkan Kefakiran dari penghuni rumah
dan tetangganya (HR. AtTabrani)

5. Membaca Surat Al-WAQIA’AH :
Barangsiapa membaca surat Al-Waqiaah
setiap malam…maka TIDAK akan diTimpa
Kesempitan Hidup” (HR. Al-Baihaqi dalam
Syu’ab Al-Iman)

6. Memperbanyak SELAWAT KEATAS NABI :
Dari Umar bin Khaththab dari Nabi
Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda
bersabda: Barangsiapa Berselawat kepadaku
satu kali Selawat maka ALLAH akan
membalas sepuluh kali Selawat dan
Mengangkatnya Sepuluh DARJAT.
(Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul
Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu
Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)

7. Melazimkan BERISTIGHAFAR :
Barangsiapa melazimkan Beristighfar nescaya
ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segala
Kesusahan dan Memberikan Rezki dari arah
yang tidak diDuga-Duga” (HR. Ahmad, Abu
Dawud dan Ibnu Majjah)

Ya ALLAH berikanlah kami Rezki yang Luas…
yang Halal lagi Baik tanpa Memberatkan
kami….Jika Rezki kami ada diLangit maka
Turunkanlah.

Jika ada diBumi maka
Keluarkanlah. Jika jauh maka Dekatkanlah.
Jika Dekat maka Mudahkan lah.
Jika sedikit maka Banyakanlah.
Jika banyak
maka BERKATI LAH agar kami dapat
menolong ANAK-ANAK YATIM – FAKIR
MISKIN – MEREKA YANG DALAM KESUSAHAN
& KEDHAIFAN.

YA ALLAH……Kabulkanlah doa kami…Aamiiin
YA ALLAH Ya Robbal ‘Alamin.
Semoga ALLAH Mengabulkan Do’a kita.
Semoga Bermanfaat. In shaa ALLAH.....

9 Tips Ajar Anak Pandai Membaca

Risaunya bila suruh anak membaca, tapi tak reti nak mengeja lagi...bukan tak reti mengeja...huruf pun tertukar lagi...alahai...camna ni risaunya...sekarang si anak dah umur 6 tahun...tahun depan darjah ...salah aku kah tak mengajar anak sendiri? tahun lepas setahun di PASTI...alhamdulillah dah kenal A,B,C...oklah tu...tapi mengeja belum pandai lagi...mungkin budak-budak perlukan lebih banyak masa untuk mengenal...maklumlah sekarang diorang dalam proses bermain lagi....

 Setelah digoogle jumpa tips ni....dari http://itsmenurul.blogspot.my/..saya kongsi di sini...


 

 1) Bila nak mengajar anak kenal huruf jangan guna huruf besar. Guna huruf kecik. Contoh ABC tu korang guna abc. Dulu aku silap tau. Aku ajar Raina guna huruf besar. Tapi bila dah sedar kesilapan tu, laju-laju ajar Raina guna huruf kecik. Sebab apa kena ajar anak guna huruf kecik, sebab kebanyakkan kat sekeliling kita menggunakan huruf kecik. So ajar anak huruf kecik dulu then baru ajar anak huruf besar.

 2) Ajar anak 5-7 minit je. Pastu rehat sekejap then kalau nak sambung lepas tu boleh sambung. Jangan ajar lama-lama nanti anak stress dan bosan terus dia tak boleh nak tumpukan pada apa yang kita ajar. Dulu masa aku ajar Raina berjam, memang nampak muka Raina stress. Bila aku ajar Raina dalam 5-7 minit memang nampak Raina happy je nak belajar.

 (Anak lelaki susah skit kot?)

 3) Jangan gunakan kekasaran time ajar anak seperti nak marah-marah anak. Perbuatan ni akan menambahkan tahap stress anak. Bukan anak je stress. Kau pun sama stress nanti bila ajar anak. Aku masa mula-mula ajar Raina asyik nak jadi tarzan je. Tapi hasilnya memang tak memuaskan aku. Pastu aku terus tukar cara aku ajar Raina. Aku control tahap kemarahan aku. Aku cool je. Bila Raina tak faham dan tak ingat, kita kena rileks dan betulkan dan bagitahu si anak tu apa yang dia tak faham dan apa yang dia tak ingat. Senyum je. InsyaAllah anak akan happy nak belajar. Percayalah cakap aku.

 (Ni aku punya kesalahan...wajib diperbetulkan....huhu...dok marah anak bila dia tak reti nak sebut..wajib perbetulkan diri sendiri lepas ni)

 4) Cuba guna bunyi-bunyi yang boleh si anak ingat dan kaitkan bunyi-bunyian tu dengan suku kata. Contoh suku kata 'Na'. Raina Na Na Na Na sambil menyanyi. So Raina akan ingat suku kata 'Na' tu macam nama dia Raina Na Na Na Na. Macam aku kan aku ajar Raina siap beralun-alun siap macam menyanyi kadang-kadang tu. Biar Raina senang ingat. 

(Ye..ini aku pernah apply...memang suka sangat..nak..nak bila dia nak sebut...dia suruh bisik kat telinga dia, barulah dia sebut kuat-kuat..hihi..kena ada unsur bermain dengan dia....barulah dia seronok nak belajar)

 5) Cuba kaitkan bunyi suku kata dengan benda yang ada kat sekeliling kita. Contoh 'Su' tu kita kaitkan dengan 'botol susu'. Kalau boleh tunjuk botol susu. Selalunya budak akan cepat ingat kalau kita cuba kaitkan suku kata dengan benda yang ada kat sekeliling kita.

 (Ni nak kena apply jugak...tunjuk something yang bergambar atau benda yang terdekat)

 6) Tepuk tangan dan puji si anak bila anak faham dan ingat apa yang kita ajarkan kat dia. Kalau boleh kita ciumlah si anak. Raina paling suka kita puji dia. Kalau aku tepuk tangan, Raina pun tepuk tangan sekali. Bukan Raina je. Raifa pun ikut sekali tepuk tangan.

 (Anak mana tak suka puji kan, even kita kalau orang puji pun senyum simpul, nak-nak kalau suami yang puji...asyik tersengih jela kan..)

 7) Uji si anak bila-bila masa. Macam kalau keluar nampak signboard terus tanya anak : 'Itu huruf apa? Cuba eja dan baca Raina? Raina ingat tak?' So kiranya macam ulang kaji apa yang kita belajar. Sambil-sambil tu nak uji minda anak. Kadang-kadang aku tengah masak kat dapur pun, aku suka uji minda Raina. Sebab Raina rajin teman aku masak kat dapur sambil tolong aku apa yang patut.

 (Selalu uji anak bila nampak kereta, suh si anak baca nombor plat kereta...ok jugakkan..satu pembelajaran jugak )

 8) Bagi reward kat anak supaya anak lebih semangat nak belajar lagi. Baru-baru ni aku bawak Raina tengok wayang dan belikan apa saja yang dia minta. Raina minta cincin, gelang dan macam-macamlah. Aku cakap kalau Raina rajin lagi belajar, nanti mama belanja Raina lagi. Terus lepas tu tak payah nak di suruh lagi, laju je ambil buku baca sendiri. Mana yang dia tak faham, baru dia tanya aku. Memang nampaklah Raina lebih bersemangat.

 (ni ibu selalu janji, kalau dapat No 1, ibu nak bawak pergi LEGOLAND...itulah harapan dia...semoga termakbul suatu hari nanti...)

 9) Terangkan tujuan kita ajar anak membaca. Kenapa dia perlu pandai membaca. Kena terangkan supaya anak lebih jelas dan faham.

 (Ye..ni selalu bagitau anti kalau irsyad cerdik, boleh jadi orang pandai...buleh jadi doktor...hihi...even dia takut nak makan ubat....xpela..ibu doakan irsyad jadi orang cerdik pandai, selalu tolong orang, cemerlang dunia dan akhirat) Semoga kita dapat mengajar anak kita supaya dapat membaca di usia muda lagi..

Pencuci Muka Nutriwhite 1 Tahun Guna Kulit Wajah Cun Giler..

Saya sendiri menggunakan pencuci muka nutriwhite ni... Memang tahan lama...bubuh sedikit pun dah berbuih.... Tahan jugala setahun guna....beli sekali untuk setahun...kan jimat tu...berbaloi guna... Kulit lebih lembut, muka pun tak berminyak...




Kenapa perlu pilih pencuci muka Nutriwhite?

 ~Membersihkan dan menyegarkan kulit
~Rumpai laut menanggalkan kotoran, mengelupaskan sel-sel mati dan menegangkan kulit ~Alga Hijau melembapkan kulit dan membersih hingga jauh ke dalam liang-liang kulit untuk menghapuskan toksin
~Strawberi Begonia mencerahkan dan meratakan tona kulit
~Lembut dan menyegarkan


 Anda Mahu mencuba?

 Hubungi Saya: Farwizah 0199027834

Saturday 9 January 2016

Tips Kelahiran Normal Tanpa Pembedahan@Ceaser

Kisah ini diceritakan oleh Khadijah Gani.. 48 hari yg lalu.  Kelahiran secara normal & bayi yg tenang. Proses kelahiran anak keempat ini sangat berbeza malah unik. Saya catatkan di sini sebagai perkongsian buat sahabat fb yg pernah bertanya tips melahirkan anak secara normal. Extra panduan untuk mendapat bayi yg tenang (tidak menangis).

 Saya bukanlah mewakili mana mana kaedah kelahiran atau pemikiran tertentu. Ia hanyalah pengalaman kecil saya yg Allah rezkikan. Bagi saya, samada normal atau melalui pembedahan, ianya adalah rezki yg Allah jua tetapkan. Tiada satupun yg lebih baik di antara keduanya. Ia seperti kita mempersoalkan kelahiran anak lelaki dan perempuan. Tiada satupun jantina anak yg lebih baik antara keduanya.

 Maka, berbaik sangkalah pada setiap rezki yg sudah Allah tentukan buat kita. Apabila tiba bab kelahiran, saya berpegang, walau banyak mana ilmu kita, walau tinggi mana usaha kita, yg menjayakan satu satu kelahiran itu bukanlah atas dasar ilmu dan usaha kita sendiri. Sebenarnya, atas kehendak Allah jualah ia semua terjadi. Kita ini tiada apa tanpa pertolongan Allah yg Maha Besar! . . . Catatanku bersama Farihin b. Mohd. Kamal.

 1. Mengikuti kelas tahsin al quran setiap minggu di masjid. Setiap kali kelas tarannum dan mendengar suara ustaz mengalunkan bacaan, farihin di dalam perut pasti akan berpusing, bergerak dengan gumbira! Momen terindah.

 2. Melazimi bacaan al Quran pada setiap subuh dan maghrib bersama terjemahan. Seolah olah bercerita kepada farihin di dalam perut. Di samping mengajar anak orang lain mengaji dan memahami bacaan al quran.
3. Sampai masa terasa hari hari semakin dekat (walaupun kiraan buku masih jauh), amalkan membaca Yasin dalam 7 malam berturut turut dengan niat semoga kelahiran akan berjalan lancar dan mudah. * Saya tidak memohon agar dikurangkan rasa sakit kerana sakit itu lumrah. Juga tidak memohon untuk bersalin normal kerana berserah 200% kepada Allah apa yg terbaik. Basic line, Allah beri apa yg kita perlu bukan apa yg kita mahu. Kadang kita rasa A terbaik untuk kita, tapi Allah beri kita Z yg tak disangka. Rupa rupanya, itulah yg terbaik.

 4. Tanda kelahiran saya kali ini adalah krem. Saya tidak dapat melangkahkan kaki pada usia kandungan 35minggu. Tidak sedap hati, saya ke hospital swasta atas sebab untuk keselesaan diri dan anak keempat serta 3 anak lain yg masih kecil lagi.

 5. Contraction yg sering dirasa sejak usia kandungan 33 minggu lagi menjadikan saya sudah lali. Tidak merasa sakit sebenar. Saya ditahan di wad untuk observation 24jam disebabkan krem. Os 1cm. Mild contraction.

 6. Sepanjang malam saya membuka, membaca dan mendengar Qari kegemaran saya, Mishary al fasy. Sambil membuat beberapa gerakan mengikut tarikan graviti. Banyak masa berbaring kerana saya rasakan contraction lebih kuat = aktif Os semasa tenang mendengar bacaan al quran. Bukan semasa exercise. (Ini juga antara sebabnya saya pilih untuk bersalin di hospital swasta. Saya perlukan privacy untuk keselesaan diri. Tarik langsir & fokus!) Subhanallah! Saya tidak berasa sakit sedikitpun.

 7. Off semua media sosial. No update status. Off wifi. Hanya online dengan Allah. Berdua duaan. Sungguh, Allah itu lebih dekat dari urat nadi kita. Bercakap cakaplah dengan Allah di saat berbaring atau duduk. Tanpa sebarang perantara atau medium. Sakit yg dikurniakan untuk kita adalah bertujuan Allah mahu kita kembali dan mengadu kepadaNya. Tuhan yg Esa. Tiada tuhan kecil yg lainnya. **Hanya berfikir jika satu masa nanti tiada lagi media sosial atas muka bumi ini, bagaimana cara sebenar kita berdoa? Sebelum itu sebelum ditinggalkan keseorangan di dalam wad, mohon maaf dan mohon doa daripada suami, emak abah, ma abah (mertua) & adik beradik kedua dua keluarga. Saya percaya doa ahli keluarga lebih tulus. Jauh lebih penting doa dari orangtua kita lebih telus dan makbul. Tanpa hijab. Asah skill berdoa kita dengan memahami konsep doa yg sebenar.

 8. Keesokan paginya, tanpa rasa sakit langsung dan semangat mahu makan banyak, Os sudah 4cm.

 

 Pecah air ketuban. Terus ke LR.

 9. Sepanjang berada dalam LR suami membaca al quran sambil memicit hujung kaki saya yg kesejukan. Sesekali menyuakan air dengan straw.  Dari satu surah ke surah yg lain saya minta dia membacanya. Damai. Tenang.  Walaupun bacaan CTG menunjukkan contraction semakin kuat dan rapat. Saya tidak merasa terlalu sakit. Biasa saja.

 10. Masuk LR jam 10.30 pagi. Rasa benar benar sakit selepas Os mencecah 7cm sekitar jam 1.15 tengahari. Di waktu azan berkumandang. Dengan pantas, Os mencecah 10cm. Farihin keluar dengan dua kali push tepat jam 1.42 tengahari. 3.05 kg.

 11. Semasa uri dikeluarkan, saya mengalami sedikit pendarahan. Maklum sajalah, anak keempat. Hb low. 

12. Buat pertama kali suami terharu kerana diberi penghormatan untuk memotong tali pusat anak.

 13. Walaupun bukan hospital friendly breastfeeding, misi tercapai untuk menyusukan anak sejurus keluar dari LR. Tiada halangan.

 14. Mengikut kiraan buku merah, 35 minggu. Mengikut scan, 40 minggu 2 hari. Akhirnya, paedtrician membuat calculation berdasarkan fizikal semasa bayi dan mengesahkan farihin cukup bulan 37 minggu. Unik bukan? Doktor pakar bukan muslim itu mengatakan, "Anak puan nak keluar bila sampai masanya dia keluar.




Dia tahu masanya." Allahu akbar. . . .


 Alhamdulillah. Kali keempat ini sangat straight forward seperti anak pertama dan kedua dulu. Tanpa bantuan ubat sedikitpun. Berbeza semasa kelahiran ketiga. Alhamdulillah. Saya berjaya mengatasi trauma sebelum ini. Syukur sangat. Alhamdulillah. Susu sudah banyak sejak hari pertama. Alhamdulillah. Selepas dua hari farihin lahir, suami disahkan chickenpox. Sangat teruk. Bermulalah satu lagi ujian hidup di spanjang 44hari. Jika ini berlaku lebih awal, risiko sangat tinggi ke atas kandungan dalam rahim. Dan suami takkan dapat menemani dan menenangkan saya dengan bacaan al Quran di dalam LR. Jika lewat pula, sudah pasti Fathi lambat naik sekolah darjah 1 dan Fatihah juga lambat naik Pra akibat dijangkiti. Allah beri perfect timing. Allah beri kita kesenangan bersama setiap kesusahan. Allah tidak pernah brlaku zalim pada hambaNya. Allah lebih tahu apa yg kita perlukan bukan apa yg kita rancang dan mahukan. Laa hawla walaa quwwata illa billah.

 Inilah sedikit catatan yg boleh diambil iktibar. Mana yg bersesuaian dengan keadaan dan situasi semasa, bolehlah dipraktikkan. Jika tidak sesuai, ikut sajalah fatwa hati ibu ibu sekalian. Melahirkan anak secara alami bukanlah bergantung kepada cara dan usaha kita semata. ia adalah mengenai bagaimana kita mengurus sakit dan doa yg sebenar (cara kita kembali) di sebalik kebergantungan kita kepada Allah.

 Malah, lebih baik jika kebergantungan itu disertakan dengan hidup yg tawadhu' bukan untuk kebanggaan. Bukan juga untuk mengatakan kita lebih baik daripada yg lain. Allah kurniakan pahala jihad buat ibu ibu yg mengandung yg menanggung kelemahan demi kelemahan seterusnya melahirkan samada selamat atau tidak, juga tak kira melalui cara apapun.

Ma'assalaamah. ***Inilah sahabat sejati saya ketika susah dan senang. Pastikan logo yg betul.

Tulisan resm uthmaniy sangat jelas dan tepat. Download android.quran.com Ada 22 nama Qari dengan lahjah dan bacaan yg berbeza serta terjemahannya. Terima kasih atas perkongsian ini..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FARWIZAH M.I.D LOVE'S Copyright © 2015 Designed by NH Design