Friday 4 September 2015

Egtukar dah boleh isi dah untuk Pertukaran Januari 2016

Bagi anda yang ingin membuat pertukaran antara Negeri, Daerah dah pon isi dalam sistem online ye...

Bulan September adalah tarikh pengisian untuk Pertukaran Januari 2016

Boleh rujuk di pautan ini https://epgo.moe.gov.my/

Ini merupakan kali ke 3 saya mengisi untuk Pertukaran...

Kali Pertama semasa mengajar di SMK PENGKALAN CHEPA 1, alhamdulillah berjaya balik ke daerah sendiri PASIR MAS, takdela berulang alik ke sana dah...1 jam perjalanan jugakla kalau drive dari Pasir Mas ke Pengkalan Chepa...

Kali kedua untuk pertukaran di Bulan Jun 2015...Maaf, anda Gagal...permohonan untuk balik ke Terengganu tidak diluluskan, Sekian, teramat sedih la jugak....Pergi jugakla JPN Negeri Terengganu untuk mohon rayuan pertukaran....dilayan oleh kakitangan JPN dan rayuan permohonan dihantar...saya juga ada bertanyakan sebab asbab kenapa tidak berjaya....dia tanya itu adalah permohonan ke berapa...saya kata kali pertama minta balik ke Terengganu...yela kan...duk berjauhan dengan keluarga..terasa juga hendak menjaga kedua orang tua saya....maklumlah mak sekarang umur pun lanjut usia...tak salahkan mohon balik ALASAN untuk menjaga ibu bapa....pegawai tersebut menunjukkan beberapa surat rayuan panjang berjela...ada tu dari jauh Sabah dan Sarawak dan bukan kali pertama...dan entah ke berapa puluh kali dah...
Mak oii matila aku kalau nak ikut berapa kali memohon...sampai ke pencen belum tentu dapat tukar....REZEKI masing-masing kan..inshaAllah ada peluang untuk saya....

Kali Ketiga adalah bulan ni September...semoga permohonan BERJAYA....inshaAllah


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FARWIZAH M.I.D LOVE'S Copyright © 2015 Designed by NH Design