Thursday 20 August 2015

Ujian Darah untuk mengetahui Tahap Hormon Kesuburan

Bagi yang belum dikurniakan cahaya mata...ada beberapa ujian yang boleh dilakukan untuk mengetahui tahap kesuburan..


Ujian darah dijalankan untuk mengukur paras hormon-hormon di dalam serum. Antara hormon yang diuji adalah hormon peransang folikel (FSH), hormon peleutenan, progesteron, prolaktin, estrogen dan human chorionic gonadotropin (hCG). Paras hormon-hormon tersebut adalah indikasi bagi:

1.

FSH adalah petunjuk kepada simpanan ovari seorang wanita. Kenaikan paras FSH yang mendadak menandakan simpanan yang sedikit. Ini bermakna, peluang untuk mendapatkan telur yang berkualiti juga berkurang. Simpanan ovari akan merosot apabila paras FSH melebihi 9 mlU/ml. Bagi wanita yang telah menopause, paras FSH boleh melebihi 20 mlU/ml.

2.

Julat normal LH adalah antara 0.5 hingga 76.3 mIU/ml. Apabila paras LH dan FSH meningkat, ia merupakan indikasi bagi polycystic ovary suyndrome (PCOS). Bagi kes PCOS, nisbah LH:FSH adalah melebihi 3:1.

3.

Paras estradiol akan meningkat melebihi 20 pg/ml apabila folikel berkembang. Bagi wanita yang telah menopause, paras estradiol adalah kurang daripada 20pg/ml. Bagi wanita yang mempunyai banyak folikel, paras estrodiol boleh mencecah 4000pg/ml.

4.

Selepas ovulasi paras progesteron akan melebihi 9 ng/mL. Oleh itu, dengan menguji paras progesteron dalam darah, doktor boleh menentukan sama ada berlakunya ovulasi atau tidak. Di penghujung kitaran haid, paras progesteron akan menurun sehingga 2 ng/ml. Oleh itu, dengan mengukur paras progesteron di peringkat awal kitar haid, doktor boleh menentukan sama ada pesakit sudah bersedia untuk menjalani controlled ovarian hyperstimulation (COH) atau tidak.

5.

Prolaktin dihasilkan oleh kelenjar pituitari yang terletak di otak. Ia berfungsi untuk meransang payudara bagi menghasilkan susu. Walaubagaimanapun, paras prolaktin yang terlalu tinggi boleh merencat perkembangan folikel dan kematangan ovum. Wanita yang mempunyai paras prolaktin yang tinggi akan menghasilkan susu secara spontan dan tiada folikel yang berkembang.

6.

Paras hCG akan meningkat apabila penempelan berlaku. Hormon ini boleh dikesan di dalam darah 5 hari selepas berlakunya penempelan dan 5 hari berikutnya hormon ini boleh dikesan di dalam air kencing. Kehamilan boleh ditentukan dengan mengesan kehadiran hCG diperingkat awal kehamilan.

Sila rujuk jadual dibawah untuk julat normal hormon-hormon berikut:





NA - Not Available, ND - Not Detectable



#setkesuburan


Semoga artikel ini bermanfaat!


Rujukan; hmetro


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FARWIZAH M.I.D LOVE'S Copyright © 2015 Designed by NH Design