Wednesday 13 May 2015

Vivix Shaklee & Penyakit Kencing Tikus

Kelmarin, dalam Group Whatsapp (Geng Shakleeku), upline saya Kak Wina telah berkongsi satu TESTIMONI VIVIX yang mana membantu merawat masalah kencing tikus. Alhamdulillah, supplemen adalah salah satu ikhtiar untuk mana-mana jua penyakit dan masalah tubuh. Dr blog bondasihat.com

       




LUMPUR 18 Jan. - kencing tikus atau leptospirosis ialah sejenis penyakit zoonosis iaitu penyakit yang berjangkit daripada haiwan kepada manusia yang disebabkan oleh bakteria dari genus Leptospira. Manusia boleh di­jangkiti apabila terdedah kepada air, makanan, atau tanah yang dicemari dengan air kencing haiwan terjangkit seperti tikus, kucing, anjing, lembu, kambing, babi, kuda dan haiwan-haiwan liar yang lain

Ketua Pengarah Ke­sihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah ber­kata, penyakit kencing tikus masih belum diklasifikasikan sebagai wabak yang meningkat secara mendadak namun membahayakan kerana boleh membawa maut. “Leptopirosis adalah penyakit yang jarang berlaku tetapi boleh menyebabkan sakit teruk jika tidak mendapat rawatan awal. 

Manusia boleh dijangkiti sekiranya terdedah secara langsung dengan air dicemari kencing haiwan terjangkit atau mengambil makanan serta minuman tercemar. “Walaupun kes tersebut masih rendah di negara ini dan hanya melibatkan beberapa kes setahun, ia sebenarnya penyakit global dan kebanyakannya berlaku di negara beriklim sederhana dan tropika,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia baru-baru ini. 

Menurut beliau, jangkitan leptospirosis boleh dikesan melalui ujian kultur daripada sampel darah, air tulang belakang (cerebrosipinal fluid) dan air kencing. “Selain itu, ujian serologi bagi mengesan antibodi spesifik seperti ujian Microscopic Agglutination Test (MAT), teknik ujian Immunofluorescent (IF) dan Enzyme-Linked Immunosorbent Assay (ELISA) juga boleh dilakukan untuk mengenal pasti penyakit tersebut,” jelasnya. Tambahnya, kencing tikus boleh dirawat dengan menggunakan antibiotik tertentu seperti penicillin dan Doxycycline. 

Rawatan awal dengan antibiotik akan dapat menggelakkan komplikasi dan kematian. “Antibiotik Doxycycline juga boleh diberi sebagai profilaksis kepada mereka yang terdedah kepada jangkitan melalui pekerjaan seperti tentera, dan petugas penyelamat tetapi nasihat doktor perlu diperoleh terlebih dahulu sebelum me­ngambil profi­laksis,” katanya. Sementara itu, Ketua Sektor Penyakit Zoonosis Kementerian Kesiha­tan, Dr. Khebir Ve­ra­­sahib berkata, leptospirosis diwar­takan sebagai penyakit yang perlu dinotifikasikan di bawah Akta Pen­ce­gahan & Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 pada 9 Disember 2010. 

Katanya, tikus adalah pembawa (reservoir) utama untuk bakteria leptospira kerana kitaran hidup tikus yang cepat membiak, sukar dikawal dan terdapat di mana-mana membantu penyebaran bakteria itu. “Sampah sarap menjadi tempat berlindung bagi tikus sementara sisa makanan yang tidak dilupuskan dengan sempurna memberi makanan kepada tikus. Dengan peningkatan populasi tikus kemungkinan manusia terkena jangkitan leptospira daripada tikus terinfeksi juga tinggi,” ujarnya. 


Sumberutamautusan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FARWIZAH M.I.D LOVE'S Copyright © 2015 Designed by NH Design