Wednesday 13 May 2015

Anak Lambat Bercakap? 10 Tips Percepatkan anak Bercakap

Setiap anak berbeza perkembangannya....samada cepat bercakap atau cepat berjalan...itu terpulang kepada perkembangannya...itu adalah normal...macam mana nak galakkan anak lebih cepat bercakap....

1.Berkomunikasi sejak awal

Komunikasi pada peringkat awal lagi. Seawal dari dalam kandungan. Walaupun dia tidak tahu apa-apa dan tidak faham apa yang dicakap cuma biasakan bercakap


2. Gunakan ayat yang mudah

Gunakan ayat yang pendek dan mudah. Apabila anda mahu menerangkan sesuatu kepada anak anda, pastikan ada ruang (pause) antara satu ayat dengan yang lain supaya anak anda berpeluang memberi maklum atau tindak balas.



3. Bercakap dengan mimik muka

Mimik muka anda semasa bercakap amat penting. Ia mestilah bersesuaian apabila menyampaikan sesuatu maksud perkataan atau ayat

4. Lebih pada penceritaan

Teknik penceritaan melalui buku-buku cerita akan membiasakan kanak-kanak untuk berkomunikasi.

5. Pendedahan dengan orang ramai

Dedahkan anak-anak anda kepada interaksi sosial kerana dengan cara ini anda memberi peluang kepada mereka mendengar perbualan di samping berjumpa dengan orang yang baru dikenali.

6. Menjadi pendengar setia

Anda mesti menjadi pendengar yang baik dan berusaha memberi perhatian serta cuba memahami apa yang disampaikan oleh anak-anak anda. Jika apa yang disebutnya tidak jelas, anda mesti bantunya dengan menyebut beberapa perkataan yang anda rasa mungkin itulah yang cuba disebutkan oleh anak anda.

7. Menyanyi bersama

Amalkan selalu menyanyi bersama-sama anak atau bercerita kepadanya.

8.  Pemahaman kanak-kanak berbeza

Selagi mana anak boleh menggunakan beberapa patah perkataan, menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi, dan memahami arahan mudah, maka boleh dikatakan perkembangan bahasa mereka adalah normal. Perbanyakkan berbual dengan anak-anak, membacakan buku cerita kepada mereka, bertanya kepada mereka, dan cuba minta mereka bercakap.

9. Kerap ulang perkataan yang sama

Andainya anak-anak sudah mula boleh bercakap satu perkataan, ulang kembali apa yang mereka sebut dalam ayat yang sempurna. Contohnya, apabila anak menyebut “nak”, tanyakan kembali “Adik nak apa? Nak susu? Nak mainan?”. Atau apabila dia sebut “bola”, ulang kembali “Adik nak main bola?”. Jadikan ianya suatu kebiasaan.



10. Jangan terlalu mendesak

Jangan sesekali kali memaksa anak-anak bercakap dan jangan pamerkan kekecewaan anda kerana mereka masih belum mampu bercakap. Bahasa yang pertama sekali anak-anak belajar adalah bahasa emosi dan mimik muka. Mereka lebih mahir membaca perasaan berbanding perkataan.




Sumber:azeniahmad



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FARWIZAH M.I.D LOVE'S Copyright © 2015 Designed by NH Design