Thursday 16 April 2015

Urat Timbul semasa Ibu Mengandung

Pernah tak mengalami urat-urat timbul semasa mengandung? Nampak buruk sangat kan? Tapi ibu mengandung tetap chomel je :)

Urat Betis Timbul


Kehadiran urat-urat besar yang timbul pada bahagian kaki khususnya betis ketika hamil adalah perkara biasa.Keadaan ini dikenali sebagai vericose vein. Walaupun rupanya mengerikan, masalah ini tidak berbahaya. Sebenarnya, vericose vein bukan hanya menyerang ibu hamil tetapi juga kepada sesiapa sahaja.

Cuma, pada ibu hamil, masalah ini nampak begitu jelas. vericose vein terjadi disebabkan oleh kegagalan darah yang berada pada kaki kembali ke jantung untuk proses kitaran secara semulajadi.


Antara tanda-tanda anda menghadapi masalah ini ialah:

1) Urat-urat pada bahagian betis kelihatan besar dan tertonjol keluar.
    Warnanya lebih hijau berbanding urat biasa. Jika diperhatikan, urat-urat ini kelihatan seperti akar pokok yang melingkar. Masalah ini paling ketara pada belakang betis.



2) Kaki rasa tidak selesa dan agak berat terutamanya selepas berdiri lama.

3) Kaki mudah menjadi letih dan kepala sedikit pening.

4) Kaki dan buku lali nampak membengkak.

Untuk Meredakannya

1) Kawal berat badan supaya sentiasa seimbang. Berat badan melampau akan membebankan kaki anda.



2) Jika duduk atau berdiri terlalu lama, urut-urutlah kaki supaya dapat melancarkan peredaran darah.

3) Jika anda perlu berjalan jauh dalam waktu yang agak lama, ambillah sedkit masa untuk

berehat.



4) Sentiasalah bersenam supaya peredaran darah ke seluruh tubuh berjalan lancar.

5) Belajarlah cara bernafas dengan betul untuk membetulkan perjalanan darah.


Petua Hilangkan Urat Timbul

Petua 1

Belah beberapa ulas bawang putih pastu sapu dekat urat2 yang timbul  tuh..buatlah sekerap yg mungkin..

Petua 2

Campurkan sebuku ragi, sedikit air limau nipis dan air sehingga sebatiSapu kt urat yg timbul setiap malamMasa tidur,tinggikan sedikit kaki tu

Petua 3

Campur sedikit asam jawa dan air hingga pekatSapu setiap malam & tinggikan kaki masa tidur

Petua 4

Rebus kacang hijau, minum airnya setiap pagi dan petangBuat senaman angkat kaki 10 minit sebelum tidur




Sumber petua:bazilah




Semoga Bermanfaat buat ibu-ibu


Farwizah
0199027834





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FARWIZAH M.I.D LOVE'S Copyright © 2015 Designed by NH Design