Friday 27 March 2015

Tuam Alat Kelamin Bayi Lelaki

Selepas mandi biasanya alat kelamin bayi lelaki akan dituam. Sebab apa ye? Alasannya adalah kerana untuk mengelakkan daripada angin pasang.

Kalau ikut istilah perubatan moden ni angin pasang namanya Hernia. Kat bawah ni akan diterangkan secara terperinci lagi apa itu hernia. Bayi yang kena hernia ni biasanya akan meragam....menangis...berkemungkinan tidak selesa dengan keadaannya.



Hernia


Hernia adalah keadaan apabila berlaku penonjolan keluar organ atau tisu atau isi rongga melalui bukaan otot (lubang) yang lemah pada abdomen.Dinding abdomen yang lemah itu kemudiannya membentuk suatu kantung dengan bukaan berbentuk seperti cincin. Gangguan ini sering terjadi pada kawasan  perut dan yang keluar ialah ialah bahagian dalaman perut seperti usus kecil, usus besar atau lapisan lemak yang menyelaputi kedua-dua usus ini.



Bagi kanak-kanak yang belum mencapai usia satu tahun, biasanya pembedahan tidak digalkkan kerana diharapkan agar lubang tertutup sendiri apabila dia membesar. Namun, jika setelah berusia setahun, lubang masih terbuka, pembedahan akan dilakukan untuk mengelakkan lubang bertambah besar.

Masalah ini lebih banyak dideritai oleh lelaki berbanding perempuan. Atas alasan inilah alat kelamin anak yang perlu dituam ketika dalam pantang. Biasanya bahagian sekitar perut, ari-ari dan bawah kemaluan bayi lelaki akan dituam selepas mandi.

Antara bahan yang biasa digunakan untuk menuam adalah menggunakan punjut dan daun-daun herba.

Bahan-Bahan yang dimasukkan dalam Punjut


- Jintan hitam
- Biji Sawi
- Halba
- Lada Hitam
- Pasir

(Biasanya bahan-bahan ini dipanaskan terlebih dahulu dan dibiarkan suam sebelum digunakan). Ada juga yang hanya menggunakan satu jenis bahan sahaja)

Alatan tuam yang moden digunakan untuk tuam ke alat kelamin bayi lelaki


Namun begitu, semasa saya berpantang dahulu, mak dan mak mertua hanya gunakan pasir je...goreng pasir tersebut pastu bunjutkan di atas sehelai kain...bagi suam-suam je...pastu tuam je pada sekitar alat kelaminnya. Selain itu, boleh gunakan daun sirih...layur atas api....biar suam-suam pastu tuam kat sekitar alat kelamin bayi.







Semoga Bermanfaat!







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FARWIZAH M.I.D LOVE'S Copyright © 2015 Designed by NH Design