Monday 2 March 2015

DUNIA HANYA SEMENTARA

Hidup tak kekal lama
Takkan dapat menongkat dunia
Kerana dunia sifatnya sementara
Beribadatlah kepada Nya

Duhai anak!
Usah tinggalkan solat
Dan beramallah ketika sihat
Beriman bertakwa itu berkat
Dunia akhirat kau selamat

Duhai sahabat!
Berpesan-pesanlah kita
Pada kebaikan dan kebajikan
Pada menjauh segala kejahatan
Kerana dosa-dosanya
Bagai buih di lautan

Dhuha telah menjanjikan
Allah yang telah menetapkan
Sesiapa yang mengerjakannya
Diampuni dosa-dosanya
Di sini ada kecantikan
Ada keindahan ada kekuatan
Ada kekuasaan ada perlindungan
Dan limpahan rezeki
Yang diturunkan

Dunia hanya sementara
Disebabkan kesementaraan itu
Usia kita semakin pendek
Perjalanan jauh semakin dekat
Menuju ke alam akhirat

Ingat beringat sebagai peringatan
Di rumah diri ke rumah Allah
Kita Pasti akan dikembalikan
Dan terbaring kaku
Sepi keseorangan
Hanya amal pemberi

Pertolongan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FARWIZAH M.I.D LOVE'S Copyright © 2015 Designed by NH Design