Monday 23 March 2015

Bersalin Normal, Forcep atau Vaacum atau Ceaser?

Sememangnya sebagai seorang ibu, jika diberi pilihan semestinya kita ingin melahirkan anak secara normal.....sudah satu kemestian...namun kita hanya merancang Tuhan sahaja yang mampu menentukan,,namun begitu kita seharusnya berdoa dan terus berdoa agar dipermudahkan jalan kita untuk melahirkan cahaya mata dengan selamat.

Saya juga melahirkan bayi secara vakum..ini mungkin kerana disebabkan saya telah kehabisan tenaga dan tidak mampu meneran lagi...sejak masuk hospital pun saya dah tak lalu makan....duduk pulak kat wad selepas bersalin...bercampur dengan ibu-ibu yang dah bersalin...itu mungkin menambahkan stress atau tekanan buat diri saya...oleh itu, saya memerlukan alat bantuan bagi mengeluarkan bayi saya. Jom kita tengok beza forceps dan vakum.


Kelahiran Dibantu Samada Forceps atau Vakum



Apakah itu kelahiran dibantu?Kelahiran dibantu melibatkan penggunaan forseps atau ventouse/vakum tarik untuk membantu pelahiran bayi anda. Kedua-dua ini merupakan alat yang dilekatkan kepada kepala bayi supaya dia boleh ditarik keluar. Bayi anda mungkin memerlukan bantuan atas pelbagai sebab, termasuk jika dia tidak mendapat oksigen yang mencukupi atau anda tidak lagi berdaya untuk menolak.



Apakah itu forseps atau ventouse/vakum?


Forseps


Forseps lazim digambarkan seakan-akan "sudu garpu salad buatan keluli tahan karat" atau "penyepit gula yang besar". Ianya terdiri dari dua bahagian yang bersilang, dan hujungnya melengkung untuk memeluk kepala bayi.




Vakum



Ventouse mempunyai mangkuk yang bersambung kepada pam vakum yang kecil dan pemegang yang boleh ditarik. Mangkuk ini diletakkan di atas kepala bayi ke belakang sedikit. Ada beberapa jenis mangkuk ventouse:mangkuk plastik yang lembut kurang kemungkinan menyebabkan sebarang kecederaan kepada kepala bayi, tetapi lebih kemungkinan terlucut;mangkuk separuh tegar, yang didapati paling berkesan;mangkuk logam tidak akan terlucut tetapi paling besar kemungkinan menyebabkan trauma pada kepala bayi.Jenis mangkuk yang digunakan biasanya dipengaruhi oleh posisi bayi.







Apakah yang akan menyebabkan saya memerlukan kelahiran dibantu?


Doktor anda akan berbincang dengan anda tentang penggunaan kelahiran forseps/vakum jika:

# bayi anda mengalami kekurangan oksigen semasa di peringkat kedua (menolak) kelahiran;

# anda tersangat letih dan tak berupaya menolak lagi;

# bayi anda tidak membuat   sebarang kemajuan dalam melalui pelvis anda;

# ada sebab medikal mengapa anda tidak harus menolak terlalu lama (contohnya, anda mempunyai masalah sakit jantung).Kelahiran bayi songsang melalui vagina mungkin juga memerlukan forseps. Badan bayi dilahirkan dahulu, dan jika sukar melahirkan kepala bayi, forseps akan digunakan untuk membantu kelahiran.


Apakah mungkin mengelakkan kelahiran dibantu?


Tidak selalu mungkin untuk mengelakkan kelahiran dibantu, tetapi faktor-faktor berikut ini dapat membantu mengurangkan risiko anda. Ini termasuk:mempunyai sokongan selama persalinan daripada rakan kelahiran atau doula;menggunakan kedudukan tegak selama persalinan;mengelakkan epidural;jika anda sudah mendapat epidural, menunggu sekurang-kurangnya satu jam selepas serviks anda berkembang sepenuhnya atau sehingga anda merasakan dorongan untuk menggalakkan, sebelum mencuba untuk menggalakkan bayi anda keluar.Apakah yang akan berlaku sebelum kelahiran forseps?Sekiranya ada masa, doktor anda akan menerangkan kepada anda mengapa dia berpendapat bahawa kelahiran forseps itu perlu dijalankan. Dia akan memeriksa anda untuk memastikan bahawa bayi anda berada dalam kedudukan yang baik untuk kelahiran dibantu dan juga untuk menentukan instrumen untuk digunakan.

Anda perlu meletakkan kaki anda ke dalam sanggurdi atau penyandar di tepi katil (posisi litotomi), dan bahagian hujung katil itu akan ditanggalkan.

Tiub yang kurus diberi nama kateter, yang terikat kepada satu beg, akan dimasukkan ke dalam pundi kencing anda untuk mengosongkannya (prosedur ini agak sakit sedikit), dan kaki anda akan ditutup dengan cadar yang steril.

Anda akan diberi ubat melegakan kesakitan, yang mungkin anestetik setempat di dalam vagina atau epidural atau anastetik spinal.

Pakar paediatrik (doktor yang mengkhususkan diri dalam penjagaan bayi dan anak-anak) akan dipanggil. Hal ini mungkin biasa bagi kelahiran dibantu di hospital anda, jadi cubalah untuk tidak bimbang.


Apakah yang berlaku semasa pelahiran ventouse/vakum?


Kebanyakan doktor lebih cenderung untuk menggunakan ventouse, atau ekstraktor vakum, untuk kelahiran yang dibantu. Sebabnya ialah ibu mengalami kesakitan yang kurang semasa melahirkan dan sesudahnya, berbanding dengan forseps. Kemungkinan anda memerlukan episiotomi juga kurang dan risiko sebarang koyakan pada perineum juga kurang. Mangkuk ventouse diletakkan di bahagian atas kepala bayi anda dan bukannya di sekitar, jadi tidak memerlukan ruang yang banyak.

Doktor akan meletakkan mangkuk ventouse/vakum ke atas kepala bayi di dalam vagina anda, kemudian menyedut udara keluar dari mangkuk vakum itu dengan menggunakan pam vakum yang digerakkan oleh kaki atau pam tangan. Bunyinya agak bising, jadi bersedialah.

Apabila mangkuk itu sudah di pasang dengan kemas, doktor akan menyuruh anda menolak apabila datang kontraksi, dan dia akan menarik mangkuk itu untuk membantu bayi keluar.

( Masih saya ingat keadaan ini, sebelum dipasangkan alat vakum, suami tidak boleh berada bersama saya...2,3 kali push jugak barulah keluar baby....)


Ada kalanya mangkuk itu terlucut daripada kepala bayi, terutama sekali jika bayi itu agak besar atau berada dalam posisi di mana mangkuk itu tidak boleh dipasang dengan kemas, dan perlu di pasangkan semula. Jika bayi berada dalam posisi yang membuatkan kelahiran lebih sukar, maka ventouse/vakum yang diperbuat daripada mangkuk logam atau mangkuk plastik separuh tegar akan digunakan dan bukan mangkuk plastik biasa sebab jenis ini lebih susah hendak lucut.

Selepas bayi dilahirkan, kepalanya yang divacum tadi akan mengalami kemerahan setompok di bahagian tengah kepala..namun ianya akan beransur hilang...



Apakah yang berlaku semasa kelahiran forseps?


Doktor anda perlu membuat satu potongan (episiotomi) melalui bahagian belakang vagina anda untuk membesarkan pembukaan supaya forseps boleh diletakkan di keliling kepala bayi.

Setelah forseps dipasang, dan apabila berlakunya kontraksi, doktor akan menarik sambil anda menolak untuk membantu bayi anda bergerak turun melalui kanal lahir dan dilahirkan. Wanita melaporkan yang mereka merasa lebih tidak selesa dengan kelahiran forseps berbanding ventouse/vakum.

Kadar kejayaan forseps adalah lebih tinggi berbanding ventouse, tetapi anda lebih cenderung mengalami kesakitan atau masalah selepas bersalin. Bagaimanapun, seorang doktor yang berpengalaman boleh mengelakkan sebarang masalah dan akan tahu instrumen mana yang perlu digunakan mengikut keadaan anda.


Memahami kelahiran bayi andaJika kelahiran anak anda dibantu, ambillah langkah untuk memahami mengapa bantuan diperlukan. Bincang dengan doktor anda. Jika tidak, anda mungkin bimbang ia akan berulang dengan bayi seterusnya. Di UK, lapan dari 10 wanita yang memerlukan bantuan sebegini tidak memerlukannya bagi kelahiran seterusnya.






Sumber: babycenter



Semoga Bermanfaat!


Farwizah
019902734



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FARWIZAH M.I.D LOVE'S Copyright © 2015 Designed by NH Design