Wednesday 11 March 2015

10 Tips Memperkenalkan Bayi Makanan Pejal

Biasanya bayi akan diperkenalkan makanan pejal apabila berusia 6 bulan...tetapi ada juga orang sekeliling yang menyuruh untuk memberikan baby makanan pejal sebelum umur 6 bulan...tetapi saya, memang saya tak berikan kepada anak saya sebelum umur 6 bulan...


Ok..di sini saya kongsikan dengan ibu-ibu perkara yang perlu diambilkira sebelum memperkenalkan mereka makanan pejal...maklumlah sebelum ni baby hanya minum susu ibu sahaja kan..jadi ianya mengambil masa untuk menyesuaikan diri...


10 Perkara yang Perlu diambil kira oleh semua ibu bapa sebelum memberikan bayi makanan pejal.

1. Bayi berusia 6 hingga 8 bulan perlu diberikan makanan pejal di antara dua hingga tiga kali sehari.

2. Jangan sesekali mendesak anak makan banyak pada satu-satu masa. Beri bayi masa untuk belajar makanan pejal.

3. Makanan pejal yang sesuai untuk bayi berusia enam bulan ialah puri. Puri tersebut bolehlah dicairkan dengan mencampurkannya bersama susu ibu.



4. Buah-buahan dan sayur-sayuran seperti epal, pisang, labu, lobak merah, kentang dan brokoli sesuai untuk dijadikan puri.

5. Pada peringkat permulaan, elakkan memberi bayi anda makanan yang boleh menyebabkan masalah alergi, seperti keju, kekacang, makanan laut dan telur.

6. Jangan sesekali menambah garam atau gula dalam makanan bayi anda keranan buah pingganya masih belum bersedia untuk memproses makanan.

7. Mulalah memperkenalkan makanan pejal selepas anak anda semakin pandai makan iaitu ketika usia sekitar lapan bulan.

8. Jika anak anda menolak makanan yang anda berikan kepadanya. Jangan marah dan terus memaksa anak makan makanan tersebut. Mungkin bayi belum bersedia menerima makanan tersebut. Cuba berikan menu lain. Dan yang paling penting, ibu bapa janganlah mudah berputus asa.



9. Ketika memperkenalkan makanan pejal kepada bayi, beri dia menu yang sama selama 4-7 hari.

Hal ini kerana ianya penting untuk melihat tindakbalas tubuh anak terhadap makanan tersebut. Adakah ia mengalami masalah penghadaman atau alah kepada makanan yang anda berikan itu.

10. sekiranya anak anda demam atau sakit, anda perlu memberikan dia makanan yang paling digemarinya.




Semoga Bermanfaat!



Farwizah
0199027834

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FARWIZAH M.I.D LOVE'S Copyright © 2015 Designed by NH Design