Monday 30 March 2015

5 Info Penyimpanan Perahan Susu Ibu

Di sini saya senaraikan 5 info cara nak simpan Perahan Susu Ibu



1. Pada suhu bilik yang tidak melebihi 25 Celcius, yang mana ianya bertahan selama empat jam

2. Umumnya, peti sejuk bersuhu 4 celcius atau lebih rendah. Ia mampu bertahan selama 3-5 hari.

3. Oleh sebab fungsi peti sejuk yang menyimpan bahan mentah segar adalah lebih menyimpan susu tidak melebihi 24 jam.

4. Dalam  peti sejuk beku bersuhu -20 celcius, ia boleh bertahan antara 6-12 bulan.



5. Simpan susu di bahagian belakang peti sejuk. jauh dari pintu bagi mengelakkan susu terjejas dengan perubahan susu setiap kali pintu dibuka.









Sumber: Pama April 2015




Semoga Bermanfaat!


Farwizah
FB: Farwizah Darwisha

Anak anda pernah kena Bengkak Tonsil?

Sebut saja tonsil...orang dewasa pun mengaduh kesakitan kan? apatah lagi kanak-kanak...Ok, hari ni saya nak cerita pasal bengkak tonsil ni...

Bengkak Tonsil



Apakah yang dimaksudkan dengan Tonsil?


Tonsil adalah salah satu organ yang bertindak sebagai penapis untuk menghalang jangkitan kuman terutama di bahagian tekak. Disebabkan fungsi sedemikian, ianya sangat mudah dijangkiti kuman.


Jangkitan kuman di tonsil adalah salah satu penyakit yang agak kerap berlaku dan menyerang kanak-kanak. Jika kanak-kanak menghadapi jangkitan tonsil, tonsil mereka akan bengkak, merah dan kadangkala bernanah....bernanah tu memang tahap sakit yang teramatla kan....


Tonsil Mudah Dijangkiti Kuman?


Ya..ini kerana kuman selalunya disebarkan melalui udara apabila batuk atau melalui air liur dan ini dijangkiti secara perkongsian makanan atau alatan seperti sudu atau cawan.

Jika anak yang selalunya ditinggalkan di taska atau di rumah pengasuh, pastikan makanan atau minuman tidak dikongsi dengan kanak-kanak lain yang tidak sihat. Jika terdapat anggota keluarga lain yang sedang mengalami sakit seperti batuk, dan selsema, mereka juga tidak boleh mencium anak yang kecil bagi mengelakkan mereka daripada dijangkiti.


Gejala  Radang Tonsil



Antara gejala radang tonsil ialah :-

1. Sakit tekak yang kadang2 teruk
2. Tidak boleh menelan atau sakit apabila menelan
3. Demam yang kadang2 sangat tinggi
4. Sakit kepala dan sakit-sakit badan
5. Suara garau atau hilang suara
6. Kadang-kadang ada bengkak pada leher.
7. Mulut berbau busuk
8. Berdengkur waktu tidur







Sumber: penjagaan bayi
              : dr azwan





Semoga Bermanfaat!

Friday 27 March 2015

Tuam Alat Kelamin Bayi Lelaki

Selepas mandi biasanya alat kelamin bayi lelaki akan dituam. Sebab apa ye? Alasannya adalah kerana untuk mengelakkan daripada angin pasang.

Kalau ikut istilah perubatan moden ni angin pasang namanya Hernia. Kat bawah ni akan diterangkan secara terperinci lagi apa itu hernia. Bayi yang kena hernia ni biasanya akan meragam....menangis...berkemungkinan tidak selesa dengan keadaannya.



Hernia


Hernia adalah keadaan apabila berlaku penonjolan keluar organ atau tisu atau isi rongga melalui bukaan otot (lubang) yang lemah pada abdomen.Dinding abdomen yang lemah itu kemudiannya membentuk suatu kantung dengan bukaan berbentuk seperti cincin. Gangguan ini sering terjadi pada kawasan  perut dan yang keluar ialah ialah bahagian dalaman perut seperti usus kecil, usus besar atau lapisan lemak yang menyelaputi kedua-dua usus ini.



Bagi kanak-kanak yang belum mencapai usia satu tahun, biasanya pembedahan tidak digalkkan kerana diharapkan agar lubang tertutup sendiri apabila dia membesar. Namun, jika setelah berusia setahun, lubang masih terbuka, pembedahan akan dilakukan untuk mengelakkan lubang bertambah besar.

Masalah ini lebih banyak dideritai oleh lelaki berbanding perempuan. Atas alasan inilah alat kelamin anak yang perlu dituam ketika dalam pantang. Biasanya bahagian sekitar perut, ari-ari dan bawah kemaluan bayi lelaki akan dituam selepas mandi.

Antara bahan yang biasa digunakan untuk menuam adalah menggunakan punjut dan daun-daun herba.

Bahan-Bahan yang dimasukkan dalam Punjut


- Jintan hitam
- Biji Sawi
- Halba
- Lada Hitam
- Pasir

(Biasanya bahan-bahan ini dipanaskan terlebih dahulu dan dibiarkan suam sebelum digunakan). Ada juga yang hanya menggunakan satu jenis bahan sahaja)

Alatan tuam yang moden digunakan untuk tuam ke alat kelamin bayi lelaki


Namun begitu, semasa saya berpantang dahulu, mak dan mak mertua hanya gunakan pasir je...goreng pasir tersebut pastu bunjutkan di atas sehelai kain...bagi suam-suam je...pastu tuam je pada sekitar alat kelaminnya. Selain itu, boleh gunakan daun sirih...layur atas api....biar suam-suam pastu tuam kat sekitar alat kelamin bayi.







Semoga Bermanfaat!







Ruam Menyerang Bayi

Bayi akan mengalami ruam lampin jika dibiarkan memakai lampin untuk satu tempoh yang lama kerana air kencing akan bertindak balas dengan kulit bayi seterusnya menyebabkan timbul bintik-bintik merah.

Bintik ini boleh bernanah jika tidak tidak dirawat segera. Oleh itu, pastikan anda kerap menukar lampin bayi untuk mengelak masalah ini.



Ruam Panas


Ruam panas pula terjadi akibat cuaca. Cuaca panas menyebabkan bayi berpeluh. Peluh-peluh yang terkumpul di celah-celah pelipat tubuh kemudiannya akan bertindak balas dengan kulit bayi sehinggalah menyebabkan mengalami keradangan. Memakaikan bayi pakaian yang sesuai adalah merupakan langkah yang terbaik mengelakkan mereka mendapat ruam panas.


Ruam Susu



Manakala ruam susu adalaha ruam yang biasa menyerang pipi bayi. Ruam ini juga disebut 'kurap susu'. Masalah ini terjadi kerana lebihan susu yang meleleh ketika bayi minum tidak segera dibersihkan.

Akibatnya berlakulah tindak balas bakteria dan fungus terhadap kulit bayi.





Cadangan Supplement Shaklee





Dulu saya biasa guna Dropolene..tetapi ianya membuatkan tangan menggelupas...kerana ianya mengandungi campuran bahan kimia tetapi herbal blend semulajadi  dan sangat sesuai untuk kegunaan semua...sebagai losyen harian, tidak melekit, tetapi bermenthol ataupun berangin skit...nyaman jer...sangat selesa untuk bayi...





Testimoni pengguna herbal blend








Mahu mencuba?
Boleh hubungi saya;
Farwizah
0199027834



Thursday 26 March 2015

3 Pilihan untuk Ibu Menyusu bagi Ibu Bekerjaya

Hari ini, ramai ibu yang mempunyai kerjaya masing-masing...tapi mempunyai masalah untuk menyusukan bayi mereka. Namun begitu, ibu-ibu masih boleh meneruskan penyusuan susu ibu bagi bayi mereka dengan membuat pilihan-pilihan seperti di bawah.


 1) Bawa bayi ke tempat kerja sekiranya tempat penjagaan bayi (creche) disediakan oleh majikan. (Sangat beruntung jika tempat disediakan oleh majikan).





 2) Jika tempat kerja berdekatan dengan rumah atau tempat penjagaan bayi:


 a) Pulang menyusu pada waktu rehat



 b) Bayi dibawa oleh penjaga kepada ibu di tempat kerja untuk penyusuan


 3) Sekiranya tidak terdapat dalam mana-mana kategori di atas:


 a) Belajar teknik memerah, menyimpan dan memberi susu perahan kepada bayi semasa ibu bekerja



 b) Mengajar Pengasuh bayi menyediakan dan memberi susu perahan kepada bayi.






# Panduan Susu Ibu Bekerjaya





Farwizah
0199027834

Wednesday 25 March 2015

5 Info Elak Anak Cacat

Anak Cacat? Tiada siapa yang mahukan anak cacatkan? Andai ditakdirkan kita memilikinya mungkin itu adalah hikmah yang diberikan kepada kita sebagai ibu bapa.

Namun begitu, untuk sesuatu perkara kita boleh elakkan dengan berusaha untuk ke arah yang lebih baik.

1. Berhenti Merokok


Ha...ni masalah utama orang kita....merokok...walaupun sudah diwar-warkan bahawa merokok membahayakan kesihatan....namun ianya tidak diendahkan sama sekali...Sekiranya berhasrat mendapat bayi yang sihat dan sempurna sebaiknya hentikan amalan ini. Merokok ketika hamil mengakibatkan berat badan bayi kurang.



2. Makan Makanan Sihat


Makanlah menu makanann yang mengandungi 5 jenis makanan utama yang paling diperlukan oleh tubuh iaitu gandum, sayur, buah, susu dan protein.




3. Elakkan Kafein


Masa mengandung dulu pun memang saya tidak ambik kafein...memang rasa sangat pahit
padahal semasa mengandung takdelah pahit sangat...oleh itu, kafein yang terdapat dalam minuman seperti teh, kopi, soda, dan coklat harus dikurangkan.




4. Nasihat Doktor


Jangan mengambil ubatan tanpa cadangan doktor. Mengambilnya tanpa nasihat doktor dengan dos yang tidak tepat akan membahayakan bayi dalam kandungan.


5. Ambik Asid Folik


Ianya sangat penting ubtuk wanita yang baru hamil. KAJIAN yang dilakukan menunjukkan pengambilan asid folik sebelum kehamilan mampu menurunkan risiko melahirkn bayi dengan kecacatan otak dan sum-sum tulang belakang sehingga 80 peratus.


Asid Folik terkandung dalam vitamin B



SET LENGKAP untuk ibu hamil










Nak mencuba set hamil?

Hubungi;

Farwizah
0199027834



Toksin Penuh Dalam Badan

Rasa-rasa banyak tak toksin dalam tubuh badan kita? Jom kita check...


Racun (toksik) dalam tubuh badan kita dan pembersihannya


Toksik dalam tubuh badan kita terjadi akibat pencemaran. Antaranya ialah pencemaran makanan akibat dari bahan kimia seperti racun perosak, racun serangga dan baja kimia dalam aktiviti pertanian. Kesihatan manusia menjadi teruk apabila menggambil makanan yang menggandungi bahan pengawet, perasa tiruan, bahan tambahan dan sebagainya. Inilah antara sebabnya terjadi pelbagai penyakit seperti barah, migrain dan sebagainya.



Kini tidak ramai terfikir untuk melakukan pembuangan toksik dalam badan. Bayangkan jika seseorang yang tidak pernah membuang toksik sejak lahir sehingga umurnya mencecah 40 tahun, bermakna macam -macam racun yang terkumpul dalam badan akhirnya termendap pada tapak kaki .Jika sistem semulajadi tubuhnya tidak mampu membuang toksik tersebut ia akan membuat seseorang itu akan mengalami sakit gout, kulit menjadi kusam dan sebagainya lagi. Toksik terdapat pada seluruh organ manusia, dimana sebahagian besarnya terhasil apabila sisa makanan yang tidak dicerna sepenuhnya, pemakanan ubat-ubatan kimia, MEROKOK dan sebagainya. Antara penyingkiran toksik secara semulajadi adalah perkumuhan seperti pembuangan air besar yang berlaku sekali sehari bagi yang normal .Selain itu toksik juga akan dikeluarkan melalui peluh hasil dari aktiviti bersukan. Toksik yang tidak dikeluarkan secara semulajadi itu akan diserap semula oleh badan.



Mengapa kita perlu membuang toksik?



Kehidupan seharian kini sentiasa terdedah dengan beribu jenis toksik dan kimia yang berbahaya. Bahan-bahan ini boleh didapati didalam makanan, udara yang disedut ataupun didalam pil-pil untuk perubatan. Toksik ini semakin lama semakin membesar dan memberi tekanan kepada organ badan kita. Mereka ini menyerap tenaga dalaman dan fokus dan menyebabkan kita jatuh sakit, menghadapi masalah berat, sukar untuk tidur, keguguran rambut dan banyak lagi kesan-kesan buruk. Dengan mengurangkan jumlah toksik di dalam tubuh badan akan menyebabkan tubuh badan semakin sihat dan kuat.



Penyakit yang sering terjadi akibat lebihan toksik di dalam badan!



Apakah simptom yang menunjukkan toksik berlebihan dalam badan? Toksik boleh memberi kesan kepada orang yang berbeza melalui pelbagai cara. Simptom ini adalah terlalu banyak untuk disenaraikan. Antara simptom utama adalah keletihan melampau, kesakitan otot badan, kegagalan sistem imunisasi tubuh. Disini adalah senarai simptom penyakit yang disebabkan oleh toksik berlebihan;

Acid Reflux Disease (GERD) or ( Perut Memulas)

Indigestion - ( Sakit Perut )

Irregularity - Constipation - Hard Stools - ( Buasir )

Irritable Bowel Syndrome (IBS) - Crohn's Disease

Abdominal Pain - Inflammatory Bowel Diseases (IBDs)

Spastic Colon - Colitis - Ileitis

Excess Gas - ( Perut Kembung)

Bad Breath - ( Badan Berbau )

Belching - ( kembung)

Enlarged Abdomen - Protruding Belly

Excess Stored Fat - Excess Weight - ( Kegemukan)

Skin Conditions - ( Penyakit Kulit)

Inflamed Skin - Dermatitis - Eczema - Psoriasis

Allergies and Hay Fever -( Alergik pada Makanan)

Fibromyalgia - Sciatica

Joint Pain - Arthritis - ( Sakit Kepala/ Migrain)

Insomnia - ( Kesukaran untuk tidur)

Low Energy - Loss of Mental Clarity - ( Kekurangan Tenaga/keletihan)

Tidak kira bagaimana kita menjaga kesihatan , kita masih terdedah pelbagai toksik terkumpul didalam kehidupan moden. Sungguhpun kita boleh mengurangkan atau menyahtoksik melalui senaman yang berterusan , makan makanan organik, pembersihan hati, pembersihan ginjal, pembersihan usus besar, kadangkala ia masih tidak mencukupi.

Fakta yang sebenar adalah sesetengah orang boleh mengawal jumlah toksik memasuki tubuh dan sesetengah orang lagi tidak boleh mengawalnya. Semua ini juga dipengaruhi kadar metabolisme tubuh badan seseorang. Ada orang sentiasa sihat tidak kira apa jua makanan dan minuman dan ada juga orang yang sakit walaupun mengamalkan pelbagai jenis diet.


sumber; perjalanantanpahenti




Cadangan Set Detox










Berminat;
Farwizah
0199027834



Tuesday 24 March 2015

ProSante Mengurangkan Keguguran Rambut

ProSante untuk Masalah Rambut Gugur


Sebagaimana kita memotong, mewarna dan mendandannya, rambut kita mencerminkan mood kita, aktiviti dan sentiasa berevolusi tentang diri kita. lelaki juga seperti wanita, mengalami kerosakan rambut.

Manakala ;

50% dari lelaki akan mengalami masalah berkaitan penipisan rambut dalam hidup mereka.




40% wanita juga mengalami tanda ketara masalah berkaitan penipisan rambut pada umur 
35 tahun.




Dan rambut setiap orang akan sentiasa mengalami kerosakan disebabkan oleh ;

  # Diet yang tidak baik
  # Kurang nutrisi
  # Proses kimia - mewarna, proses kerinting, dan luruskan rambut
  # Penggayaan - alat panas rambut, pengkerinting
  # Stress - kehidupan yang meningkat dan kekangan masa

Akhirnya, ProSante dari shaklee memberikan penyelesaian kepada 2 masalah biasa rambut;


1) KEROSAKAN
2) PENIPISAN

Untuk jangka masa setengah abad, Shaklee telah menerajui dunia saitifik dalam memahami bagaimana untuk menyuburkan tubuh dan kulit kita. Kini, kepakaran yang tiada bandingannya telah diaplikasikan kepada penjagaan rambut, dengan satu pendekatan yang eklusif dan semulajadi, untuk menangani punca masalah rambut dan kulit kepala.




UJIAN KLINIKAL


Ujian klinikal yang meluas telah menunjukkan sistem penjagaaan rambut ProSante semulajadi ;

# mengurangkan kehilangan rambut sewaktu bersikat,
# meningkatkan ketebalan,
# dan mengurangkan kerosakan untuk semua jenis rambut.

Sistem Prosante tidak menganggalkan dan mengeringkan rambut anda dan sebenarnya membantu rambut mengekalkan kelembapan dan melawan kerosakan. Keputusannya adalah rambut yang menawan, berseri, yang tampak dan rasa sesihat mungkin.

Kajian Klinikal bebas menunjukkan keputusan berikut dengan Sistem Produk ProSante.


                                                                                                        Dalam Masa
                                                                                       

                                                                       30 Hari      60 Hari        90 Hari


Pengurangan kehilangan rambut ketika bersikat                       11                    54                 65
Pengurangan Jumlah Rambut                                                   37                    61                 73
Peratusan subjek yang menyatakan peningkatan
ketebalan rambut mereka                                                        46                    52                 61



Satu sistem mudah, fleksibel yang mampu anda peribadikan untuk memenuhi keperluan rambut anda di dalam semua situasi rambut.


Setiap rambut memerlukan rutin berbeza di dalam mencuci, pemulihan keadaan dan perlindungan dan kerosakan agar rasa dan kelihatan hebat di dalam setiap jenis musim dan di dalam setiap jenis cuaca.

Direka utnuk tidak menanggalkan warna atau kelembapan dari rambut, setiap produk ProSante menampilkan Scalp Health Complex Shaklee yang ekslusif, satu formulasi klinikal , ramuan 10 vitamin, mineral dan herba yang amat derma-tersedia. Digunakan sebagai satu sistem lengkap , ProSante menyokong kulit kepala yang optimum sihat dan rambut yang kelihatan hebat.




Set Prosante : RM 376



Berminat;
Boleh hubungi saya;
Farwizah
0199027834


Nak COD pun boleh ;
Tanah Merah, Pasir Mas, Rantau Panjang, Kota Bharu
Kelantan





Monday 23 March 2015

Bersalin Normal, Forcep atau Vaacum atau Ceaser?

Sememangnya sebagai seorang ibu, jika diberi pilihan semestinya kita ingin melahirkan anak secara normal.....sudah satu kemestian...namun kita hanya merancang Tuhan sahaja yang mampu menentukan,,namun begitu kita seharusnya berdoa dan terus berdoa agar dipermudahkan jalan kita untuk melahirkan cahaya mata dengan selamat.

Saya juga melahirkan bayi secara vakum..ini mungkin kerana disebabkan saya telah kehabisan tenaga dan tidak mampu meneran lagi...sejak masuk hospital pun saya dah tak lalu makan....duduk pulak kat wad selepas bersalin...bercampur dengan ibu-ibu yang dah bersalin...itu mungkin menambahkan stress atau tekanan buat diri saya...oleh itu, saya memerlukan alat bantuan bagi mengeluarkan bayi saya. Jom kita tengok beza forceps dan vakum.


Kelahiran Dibantu Samada Forceps atau Vakum



Apakah itu kelahiran dibantu?Kelahiran dibantu melibatkan penggunaan forseps atau ventouse/vakum tarik untuk membantu pelahiran bayi anda. Kedua-dua ini merupakan alat yang dilekatkan kepada kepala bayi supaya dia boleh ditarik keluar. Bayi anda mungkin memerlukan bantuan atas pelbagai sebab, termasuk jika dia tidak mendapat oksigen yang mencukupi atau anda tidak lagi berdaya untuk menolak.



Apakah itu forseps atau ventouse/vakum?


Forseps


Forseps lazim digambarkan seakan-akan "sudu garpu salad buatan keluli tahan karat" atau "penyepit gula yang besar". Ianya terdiri dari dua bahagian yang bersilang, dan hujungnya melengkung untuk memeluk kepala bayi.




Vakum



Ventouse mempunyai mangkuk yang bersambung kepada pam vakum yang kecil dan pemegang yang boleh ditarik. Mangkuk ini diletakkan di atas kepala bayi ke belakang sedikit. Ada beberapa jenis mangkuk ventouse:mangkuk plastik yang lembut kurang kemungkinan menyebabkan sebarang kecederaan kepada kepala bayi, tetapi lebih kemungkinan terlucut;mangkuk separuh tegar, yang didapati paling berkesan;mangkuk logam tidak akan terlucut tetapi paling besar kemungkinan menyebabkan trauma pada kepala bayi.Jenis mangkuk yang digunakan biasanya dipengaruhi oleh posisi bayi.







Apakah yang akan menyebabkan saya memerlukan kelahiran dibantu?


Doktor anda akan berbincang dengan anda tentang penggunaan kelahiran forseps/vakum jika:

# bayi anda mengalami kekurangan oksigen semasa di peringkat kedua (menolak) kelahiran;

# anda tersangat letih dan tak berupaya menolak lagi;

# bayi anda tidak membuat   sebarang kemajuan dalam melalui pelvis anda;

# ada sebab medikal mengapa anda tidak harus menolak terlalu lama (contohnya, anda mempunyai masalah sakit jantung).Kelahiran bayi songsang melalui vagina mungkin juga memerlukan forseps. Badan bayi dilahirkan dahulu, dan jika sukar melahirkan kepala bayi, forseps akan digunakan untuk membantu kelahiran.


Apakah mungkin mengelakkan kelahiran dibantu?


Tidak selalu mungkin untuk mengelakkan kelahiran dibantu, tetapi faktor-faktor berikut ini dapat membantu mengurangkan risiko anda. Ini termasuk:mempunyai sokongan selama persalinan daripada rakan kelahiran atau doula;menggunakan kedudukan tegak selama persalinan;mengelakkan epidural;jika anda sudah mendapat epidural, menunggu sekurang-kurangnya satu jam selepas serviks anda berkembang sepenuhnya atau sehingga anda merasakan dorongan untuk menggalakkan, sebelum mencuba untuk menggalakkan bayi anda keluar.Apakah yang akan berlaku sebelum kelahiran forseps?Sekiranya ada masa, doktor anda akan menerangkan kepada anda mengapa dia berpendapat bahawa kelahiran forseps itu perlu dijalankan. Dia akan memeriksa anda untuk memastikan bahawa bayi anda berada dalam kedudukan yang baik untuk kelahiran dibantu dan juga untuk menentukan instrumen untuk digunakan.

Anda perlu meletakkan kaki anda ke dalam sanggurdi atau penyandar di tepi katil (posisi litotomi), dan bahagian hujung katil itu akan ditanggalkan.

Tiub yang kurus diberi nama kateter, yang terikat kepada satu beg, akan dimasukkan ke dalam pundi kencing anda untuk mengosongkannya (prosedur ini agak sakit sedikit), dan kaki anda akan ditutup dengan cadar yang steril.

Anda akan diberi ubat melegakan kesakitan, yang mungkin anestetik setempat di dalam vagina atau epidural atau anastetik spinal.

Pakar paediatrik (doktor yang mengkhususkan diri dalam penjagaan bayi dan anak-anak) akan dipanggil. Hal ini mungkin biasa bagi kelahiran dibantu di hospital anda, jadi cubalah untuk tidak bimbang.


Apakah yang berlaku semasa pelahiran ventouse/vakum?


Kebanyakan doktor lebih cenderung untuk menggunakan ventouse, atau ekstraktor vakum, untuk kelahiran yang dibantu. Sebabnya ialah ibu mengalami kesakitan yang kurang semasa melahirkan dan sesudahnya, berbanding dengan forseps. Kemungkinan anda memerlukan episiotomi juga kurang dan risiko sebarang koyakan pada perineum juga kurang. Mangkuk ventouse diletakkan di bahagian atas kepala bayi anda dan bukannya di sekitar, jadi tidak memerlukan ruang yang banyak.

Doktor akan meletakkan mangkuk ventouse/vakum ke atas kepala bayi di dalam vagina anda, kemudian menyedut udara keluar dari mangkuk vakum itu dengan menggunakan pam vakum yang digerakkan oleh kaki atau pam tangan. Bunyinya agak bising, jadi bersedialah.

Apabila mangkuk itu sudah di pasang dengan kemas, doktor akan menyuruh anda menolak apabila datang kontraksi, dan dia akan menarik mangkuk itu untuk membantu bayi keluar.

( Masih saya ingat keadaan ini, sebelum dipasangkan alat vakum, suami tidak boleh berada bersama saya...2,3 kali push jugak barulah keluar baby....)


Ada kalanya mangkuk itu terlucut daripada kepala bayi, terutama sekali jika bayi itu agak besar atau berada dalam posisi di mana mangkuk itu tidak boleh dipasang dengan kemas, dan perlu di pasangkan semula. Jika bayi berada dalam posisi yang membuatkan kelahiran lebih sukar, maka ventouse/vakum yang diperbuat daripada mangkuk logam atau mangkuk plastik separuh tegar akan digunakan dan bukan mangkuk plastik biasa sebab jenis ini lebih susah hendak lucut.

Selepas bayi dilahirkan, kepalanya yang divacum tadi akan mengalami kemerahan setompok di bahagian tengah kepala..namun ianya akan beransur hilang...



Apakah yang berlaku semasa kelahiran forseps?


Doktor anda perlu membuat satu potongan (episiotomi) melalui bahagian belakang vagina anda untuk membesarkan pembukaan supaya forseps boleh diletakkan di keliling kepala bayi.

Setelah forseps dipasang, dan apabila berlakunya kontraksi, doktor akan menarik sambil anda menolak untuk membantu bayi anda bergerak turun melalui kanal lahir dan dilahirkan. Wanita melaporkan yang mereka merasa lebih tidak selesa dengan kelahiran forseps berbanding ventouse/vakum.

Kadar kejayaan forseps adalah lebih tinggi berbanding ventouse, tetapi anda lebih cenderung mengalami kesakitan atau masalah selepas bersalin. Bagaimanapun, seorang doktor yang berpengalaman boleh mengelakkan sebarang masalah dan akan tahu instrumen mana yang perlu digunakan mengikut keadaan anda.


Memahami kelahiran bayi andaJika kelahiran anak anda dibantu, ambillah langkah untuk memahami mengapa bantuan diperlukan. Bincang dengan doktor anda. Jika tidak, anda mungkin bimbang ia akan berulang dengan bayi seterusnya. Di UK, lapan dari 10 wanita yang memerlukan bantuan sebegini tidak memerlukannya bagi kelahiran seterusnya.






Sumber: babycenter



Semoga Bermanfaat!


Farwizah
019902734



Sunday 22 March 2015

Pepperment Ginger Plus

Ianya merupakan kombinasi 4 herba dari Barat dan Timur, dihasilkan di bawah prosedur standard dengan melalui teknologi sains yang terkini.

Secara klinikalnya, sangat membantu dalam merawat dan mencegah masalah;

# loya
# gastrik
# mabuk laut
# sendawa
# penghadaman

Bagi yang mengandung sangat sesuai ambik Peppermint Ginger ni ye....kurang la rasa loya-loya tu..

Ok, kita tengok pulak apa yang kita dapat dari Peppermint Ginger Plus

Manfaat Utama

1. Pudina

Melegakan otot perut, ia mempunyai kesan penenang.

2. Halia

Halia merangsang rembesan enzim Salvia untuk pencernaan makanan.


3. Pokok Adas

Ianya dapat melegakan sakit perut, melegakan gejala flu.


4. Cekur Manis

Melegakan pencernaan dan gejala sakit haid, batu dan kahak.






Nak cuba;
Hubungi

Farwizah
0199027834

Cod Tanah Metah, Rantau Panjang, Kota Bharu

Saturday 21 March 2015

Cara Mengurangkan Risiko Luka Permukaan Faraj Semasa Bersalin

Berikut adalah salah satu cara bagaimana mengurangkan risiko luka permukaan faraj semasa bersalin anak pertama.



Kaedah yang dicadangkan ialah dengan melakukan urutan permukaan faraj sebelum bersalin @ "antenatal preneal massage".







Apakah 'perineum"?


Iaitu kawasan di antara faraj dan dubur.



Berapa kerapkah koyakan perineum itu berlaku?


Antara 40-80% dan 2/3 daripadanya memerlukan jahitan.



Bagaimana untuk mengelakkan ianya daripada berlaku?


 Lakukan "Perineal Massage" Menggunakan 1 atau 2 jari Dilakukan sendiri di rumah, 1-2 kali sehari sebelum 4-6 minggu sebelum tarikh jangka.

Bolehkah suami mendorong?


Sudah tentu!



Adakah apa-apa risiko kepada kandungan?


Tidak ada.Senang dilakukan.Tidak menyakitkan.Tidak perlu bayaran.

Tatacara mengurut perineum


Basuh tangan anda dan pastikan kuku sentiasa pendek, tenangkan diri anda ditempat yang selesa dengan cara mencangkung.Sapukan pelicin (minyak zaitun). Jangan gunakan minyak bayi, minyak galian atau petroleum jelly.Letakkan 1 atau 2 jari anda lebih kurang 1 - 1.5 inci ke dalam faraj. Tekankan ke bawah iaitu ke arah dubur dan ke sisi sehingga terasa sedikit regangan. Tetapkan keadaan tersebut selama 1-2 minit.Urutan perlu dilakukan dalam bentuk gerakan 'U' berulangkali.Urutan perineum hendaklah dilakukan perlahan-lahan selama 10 minit setiap hari (sekurang-kurangnya 4 kali seminggu). Selepas 1-2 minggu anda akan terasa lebih regangan.





(Sekiranya suami anda yang melakukan urutan perineum, arahan yang sama hendaklah dilakukan)



Sumber dipetik:

Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan





Semoga Bermanfaat


Farwizah
0199027834






Thursday 19 March 2015

Dah Overdue? Perlu Serah Diri?

Inilah keadan yang pernah saya alami....sangat takut...dia awal kemasukan kat hospital tekanan darah dah naik....punyalah takut...dah macam-macam cara buat...tapi baby tak nak jugak lagi keluar...baby suka dalam perut ibu lama-lama ye...



DI HUJUNG KEHAMILAN

Bagi mengatasi masalah ini, kebanyakan doktor akan mengambil keputusan untuk memberi ubat cetusan (induce) bagi memulakan proses sakit bersalin. Biasanya akan dilakukan jika tarikh jangkaan bersalin sudah melebihi tujuh hari ataupun  bayi anda perlu dikeluarkan segera bagi mengelakkan masalah yang tidak diingini. Sehubungan itu, bayi yang terlebih hari biasanya akan menyebaban;

Saya bersalinkan irsyad  tepat 41 minggu di HSNZ


1) Proses Bersalin menjadi sukar

Bagi yang melebihi tarikh jangkaan bersalin cenderung akan bersaiz besa. MALAH tulang tengkorak juga turut keras. Iji akan menyebabkan anda mengalami masalah ketika proses kelahiran.

Irsyad dilahirkan secara Vacum

2) Uri tidak berfungsi

Uri amat penting dalam menjamin keselamatan bayi kerana ia membekalkan makanan dan oksigen. Selepas 0 minggu kehamilan, uri kurang menjalankan tugasnya malah kadang kala tidak berfungsi langsung.


Faktor Sebabkan Overdue


1. Sejarah Keluarga


Sesetengahwanita mempubyai genetik untuk mellui kehamilan yang panjang. Jika ibu, nenek ataupun ahli keluarga terdekat lain pernah mengalami overdue lebih daripada 2 minggu tanpa ada apa-apa masalah, maklumkan kepada doktor agar dia dapat melambatkan tempoh anda diberi ubat cetusan (induce).


2. Saiz Kepala


Jika bayi anda mempunyai kepala yang besar berbandubg saiz pelvik, ia mungkin tersekat. Apabila keadaan ini berlaku, ia akan menyebabkan tubuh nada tidak menghasilkan hormon oktosin yang dapat memulakan proses kelahiran.


3. Tiada Kontraksi


Adakalanya kehamilan boleh melebihi jangkaan apabila rahim anda tidak mengecut seperti yang sepatutnya berlaku.






SEMOGA BERMANFAAT


Farwizah
0199027834


Wednesday 18 March 2015

Cinch Shake Shaklee

Cinch Shake Mix Shaklee


Setiap kali anda minum Cinch Shake anda akan dapat:

1)  24 gram protin
2)  24 jenis vitamin dan mineral penting
3)  6 gram serat larut


(Cinch Shake dicadangkan diambil bersama 1 sudu Energizing Soy Protein)

Ini kerana protein penting digunakan untuk membina otot, dan ototlah yang menaikkan kadar metabolisme dan juga membakar kalori. Makanan yang kaya dengan protin juga boleh menahan kelaparan, yang mana boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan.




Tidak lupa juga kepada LEUCINE iaitu nutrisi penting di dalam Cinch untuk keperluan tubuh kita





Faedah Utama dalam Cinch Shake Shaklee


Memberi faedah seperti mengambil makanan, tetapi rasanya seperti menikmati pencuci mulut;

# Indeks glisemik
# Dengan Cinch Pro, campuran eksklusif protein dipertingkatkan dengan LEUCINE
# Powered by Leucine - memelihara otot semasa anda menurunkan berat badan
# 24 gram protin setiap hidangan membantu anda berasa puas dan kenyang



# Tinggi kandungan serat- 6 gm serat setiap hidangna
# Glycemic yang rendah untuk mengekalkan tahap gula darah yang normal dan mengekalkan tenaga
# Memberikan 35% atau Nilai Harian kepada 21 vitamin dan mineral penting
# Penggunaan Soy Bebas GMO
# Tiada perasa tiruan, warna dan pemanis



Selamat Mencuba!



Farwizah
0199027834

Monday 16 March 2015

Cadangan Set Shaklee Sesuai untuk Semua Golongan

Di sini saya sertakan beberapa cadangan Set Shaklee ;

Set Sendi/tulang

            Ostematrix, Omega, Advanced Joint Health

Set Wanita

            Ostematrix,     Omega,  GLA Complex

Set Kurus

            Lecithin, Alfafa, Herblax



Set Diabetes

            Alfafa Complex, Vita-Lea, GLA Complex

Set Gastrik

            ESP, Alfafa, Papermint Ginger Plus


Set Kolestrol

            Omega, AJHT, Garlic Complex

Set Migrain

            Omega, B Complex, Ostematrix

Set Bina Badan

            ESP, Meal Shakes, Oste Matrix

Set Asthma/Sinus

            Nutriferon, Vitamin C Plus, Carotomax

Set Sembelit

            Alfafa Complex, Herb Lax, Performance Drink

Set Anemia

            ESP, B Complex, Oste Matrix

Set Rambut Gugur

            ESP, Vita –Lea, Zink

Set Prostat

            Vita-Lea , CoQ10, Zink

Set Buasir

            Alfafa, Vitamin C, Zink

Set Tekanan Darah Tinggi

            Omega, Garlic, CoQ10


Set Tekanan Darah Rendah

            ESP, Oste Matrix, Zink

Set Senggugut

            GLA, Oste Matrix, B Complex

Set Kemurungan

            Omega, B Complex, Vita-Lea

Set Batu Karang

Alfafa, Vitamin C, Oste Matrix

Set Menopous

            ESP, Oste Matrix, GLA

Set Cirit Birit

            Alfafa, Performance Drinks, Papermint Ginger Plus

Set Badan Berbau

            Alfafa, Papermint Ginger Plus, Herb Lax

Set Osteoporosis

            ESP, AJHT, Ostematrix


Set Hamil

            ESP, B Complex, Vita Lea, Ostematrix, Vitamin C, Omega

Set Kulit

            ESP, Vitamin C, Carotomax, Vitamin E

Set Kesuburan

            ESP, Vitalea, Zink, GLA, B Complex          

Set Kesihatan

            ESP, B Complex, Vitalea , Vitamin C

Set IQ

            Meal Shakes, Omega, Lecithin

Set Penyusuan

            ESP, Alfafa, B Complex, Vitamin C

Set SLE

            Nutriferon, Carotomax, Alfafa

Set Kanser

            Nutriferon, Vitamin C Plus, Carotomax


Set Kataroh


            ESP, Carotomax, Collagen powder

Set Alzeihmer

            Lecithin, Omega, CoQ10

Set Ekzema

            Alfafa
            DTX complex

            GLA COmplex




Sebarang pertanyaan
Hubungi:

Farwizah
0199027834

Sunday 15 March 2015

Cinch Tea Shaklee

Suka minum air manis? Jom beralih kepada minuman sihat..

Kenapa Perlu Cinch Tea?

# selamat
#  penggalak s3mulajadi
# ditambah dengan taurina iaitu dapat meningkatkan tenaga dan ketahanan badan
# pilihan alternatif terbaik menggantikan minuman kopi,soda atau manisan untuk mengelakkan kecergasan tubuh

# Tanpa gluten, tiada perisa minuman, pewarna dan bahan pemanis




Campuran Teh di dalam Cinch Tea

1. MOTCHA GREEN TEA POWDER

Disediakan secara semulajadi untuk menyimpan semua nutrien yang terdapat di dalam daun termasuk serat, mineral dan antioksidan.

2. RED TEA EXTRACT

Salah satu antioksidan yang dijumpai di dalam teh merah, yang dikenali sebagai polifenol.

pelifenol ialah pejuang kanser yang kuat. Polifenol membantu kerosakan badan yang disebabkan oleh radikal bebas. Ia merupakan antioksidan yang begitu kuat dan dikaji sebagai pencegahan kanser dan sebagai agenyang boleh menghalang daripada merebak.



3. WHITE TEA EXTRACT

Juga dikenali sebagai teh hijau muda dengan kandungan antioksidan yang lebih tinggi berbanding teh hijau.

4. ROOIBOS RED TEA EXTRACT

Tumbuhan unik yang berasal di afrika selatan, kaya dengan sebatian polifenol-antioksidan.







Berminat;
Pm 0199027834

Thursday 12 March 2015

4 Perkara Rutin Pemeriksaan Semasa Mengandung

Apabila kandungan sudah memasuki fasa membuka buku merah, maka fasa pemeriksaan pun berlakulah....sehinggalah selepas kelahiran...

Antara Rutin Pemeriksaan


1. Vaginal examination


Pemeriksaan ini penting bagi mengetahui sama ada ibu hamil sudah benar-benar bersedia untuk proses kelahiran ataupun tidak..Biasanya, pemeriksaan ini dilakukan setiap 2-4 jam. Apabila semakin hampir 10sm, pemeriksaan lebih kerap dilakukan.



2. Cardiotopograph


Pemeriksaan yang turut dikenali sebagai CTG ini dilakukan untuk memeriksa kekerapan kontraksi.



3. Pemeriksaan Tekanan Darah


Pemeriksaan ini penting bagi mengelakkan berlakunya sebarang kemungkinan yang tidak diingini sewaktu proses kelahiran.

4.Palpation





Doktor akan memegang dan memeriksa kandungan bayi di abdomen ibu bagi mengetahui kedudukannya normal atau sebaliknya.






Semoga Bermanfaat!



Farwizah Darwisha
019902


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FARWIZAH M.I.D LOVE'S Copyright © 2015 Designed by NH Design