Friday 13 February 2015

Tips Penjagaan Tali Pusat Bayi Selepas Kelahiran

Tahukah anda penjagaan tali pusat bayi yang betul?

Untuk pengetahuan ibu-ibu, terutamanya yang baru bergelar ibu, sebaik sahaja bayi dilahirkan, doktor akan menyepit dan memotong tali pusat bayi. Yang ditinggalkan pada tubuh bayi hanyalah tali pusat sepanjang kira-kira 2 hingga 3sm yang siap diclamp. Proses ini tidak menyakitkan sama sekali. Saya masih lagi menyimpan tali pusat bayi yang gugur itu, sebab orang tua pesan suruh simpan...taktau apa rasionalnya....



Tali pusat sebenarnya tidak memerlukan penjagaan yang rapi tetapi sebelum menjadi kering dan luruh dengan sendirinya, eloklah tali pusat tersebut dibiarkan bersih dan kering sepanjang masa.


Cara Penjagaan:


1. Pastikan sentiasa bersih


Anda boleh mencuci tali pusat bayi menggunakan pencuci spirit tetapi kajian menunjukkan tali pusat lebih cepat sembuh sekiranya dibiarkan begitu sahaja. Cuci hanya apabila kelihatan atau terkena najis. Pastikan tangan anda bersih dan bebas dari sebarang kekotoran sebelum mengendalikannya. Pegang tali pusat dengan hujung jari dan lap sekelilingnnya sehingga kering mengunakan tuala kecil atau putik kapas yang bersih.



2. Kering


Dedahkan dan anginkan tali pusat untuk memastikannya kering. Sekiranya tali pusat basah, lap dengan segera.

3. Gugur sendiri


Biarkan tali pusat kering dan gugur dengan sendirinya. Jangan sesekali menariknya dengan tangan walaupun sudah genting dan terjuntai.




Jangkitan Kuman Pada Tali Pusat apabila:


- Kelihatan kemerahan
- Berdarah tanpa henti
- Keluar nanah
- Mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan

Petua Penjagaaan Tali Pusat

1. Bagi tali pusat yang masih baru,ambil 2-3 helai pucuk jambu dan diramas dengan sedikit air. sapu air pucuk jambu itu pada pusat bayi untuk mempercepatkan tali pusatnya kering dan tanggal.

2. Untuk menghalang pusat bayi dari tertonjol, ambil bawang putih, satu sudu jintan putih dan sedikit abu dappur kayu arang dan tumbuk sehingga lumut. Kemudian, bungkus dalam kain dan salai atau panaskan di atas tudung periuk. Tuam pada pusat dan perut bayi.



Selamat Membaca! Semoga Bermanfaat!



Farwizah
0199027834




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FARWIZAH M.I.D LOVE'S Copyright © 2015 Designed by NH Design