Friday 6 February 2015

Panduan Mengelak atau Merawat Penyakit Kuning atau Jaundis

Bayi Jaundis Sejurus Kelahiran

Saya juga pernah mengalami anak jaundis...selepas sehari kelahiran anak sulong, bayi sudah jaundis...maka terpaksalah berkampung ke hospital untuk bayi diambil darah dan dipantau selalu...ikutkan hati mahu je duk bersebelahan ngan baby kan....Masa tu saya bersalin di Hospital Nur Zahirah, Terengganu...baby dibawa naik ke tingkat 6, sedangkan saya di wad selepas bersalin....maka naik turunlah saya menjenguk baby dan menyusui baby ketika itu....Selepas beberapa hari, barulah baby dibenarkan pulang ke rumah.....




Di sini, terdapat beberapa Panduan untuk Mengelak atau Merawat Bayi Jaundis


1. Susukan bayi sejurus kelahiran dan sekerap yang boleh. Kolostrum bertindak sebagai laksatif kekerapan pembuangan najis akan mengurangkan paras bilirubin.

2. Elakkan memberi bayi AIR! perlu diingatkan, hanya 2% bilirubin dibuang melalui air kencing manakala selebihnya menerusi najis. Jika bayi diberi air, ia hanya akan memenuhkan perut bayi secara langsung menyebabkan dia kurang menyusu susu ibu.

3. Galakkan bayi untuk kekal berjaga dan menyusu setiap 2 jam. Ini kerana jaundis akan menyebabkan bayi mudah mengantuk terutamanya jika dia menjalani rawatan terapi foto.

4. Jika bayi kerap lena ketika menyusu trerus daripada payu dara dan membuang najis kurang daripada 3 kali dalam tempoh 24 jam, anda perlu mengepam payu dara setiap kali selepas seisi penyususan dan beri dia susu perahan menggunakan sudu, picagari, cawan dan tiub penyusuan.

5. Dedahkan bayi kepada sinaran matahari kerana ia membantu bayi memecahkan bilirubin di bawah kulitnya. Bogelkan ( hanya menggunakan lampin ) dan dedahkan dia di kawasan terlindung tetapi banyak cahaya matahari seperti di anjung luar rumah.



6. Anda perlu mengelakkan diri daripada ubat-ubatan seperti aspirin dan sulfa. Anda mungkin bokeh berhenti mengambilnya atau mendapatkan ubat alternatif lain yang mungkin tidak memburukkan lagi keadaan jaundis bayi.






Happy Reading!

Farwizah Darwisha
0199027834





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FARWIZAH M.I.D LOVE'S Copyright © 2015 Designed by NH Design