Saturday 14 February 2015

5 Tips Pemakanan Ibu Hamil

Bila hamil adakah kita perlu gandakan pemakanan kita? Makan untuk ibu dan juga makan untuk bayi dalam kandungan?

Di sini, saya ingin berkongsi 5 Tips untuk ibu hamil makan secara sihat. Takdelah main hentam je makankan...bila pergi check up...berat badan naik! Lepas tu nak kena minum air gula pulak....jadi...kita hendaklah jaga pemakanan semasa hamil.


1. Makan 6 kali sehari yang terdiri daripada hidangan yang kecil.
Cara begini dapat mengelakkan risiko pedih ulu hati dan pada masa yang sama memastikan perut anda kekal penuh.



2. Amalan memakan snek berkhasiat seperti keju, yogurt, kekacang dan sayur-sayuran sangat digalakkan. Namun, elakkan snek bergaram dan manis.

3. Air sangat penting untuk setiap ibu hamil untuk kekal hidrat. Minumlah 6-8 gelas air, jus, susu ataupun jenis cecair yang lain setiap hari.



4. Vitamin juga sama pentingnya. Vitamin ibu hamil membekalkan anda kesemua vitamin penting yang diperlukan tubuh anda mahupun bayi yang dikandung.




5. Amat penting untuk diingatkan agar  anda mengurangkan pengambilan apa sahaja jenis kafein sehingga kurang 300mg setiap hari. Kafein tidak hanya terkandung di dalam kopi malah ada di dalam coklat, teh dan soda.


Cadangan Set Ibu Hamil









Happy Reading!





Farwizah
0199027834

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FARWIZAH M.I.D LOVE'S Copyright © 2015 Designed by NH Design