Saturday 28 February 2015

Benarkah ada bayi yang tidak gemar di bedung?

Ayah ini adalah antara ayah/ibuayah yang pada awalnya mengatakan bayinya 'tidak gemar' di bedung. Sebenarnya sudah amat kerap saya menerima respon seperti : bayi tidak suka atau marah bila di bedung, bayi mengeluarkan tangannya atau mengeliut sebagai tanda 'protes'/rimas di bedung dan tidak kurang juga yang melihat bedung sebagai 'menyiksakan' bayi.
Benarkah ada bayi yang tidak gemar di bedung?
Sebenarnya, tiada bayi yang lahir 'bencikan' bedung. Bagaimana mungkin? 9 bulan mereka di himpit sedemikian rupa oleh dinding sempit rahim hingga merasa bagai di peluk 24/7.
Sejurus di lahirkan, ruang sempit tersebut telah tiada dan sudah tentu pengganti terbaik rasa bagai di peluk adalah pelukan/dakapan ibu (skin-to-skin). Dan pada bila-bila masa ketika ibu tidak dapat mendakap bayi seperti memasak, mandi atau tidur, bedung adalah penggantinya.
Membedung semata-mata tidak akan mententeramkan bayi dan ya, boleh membuat sesetengah bayi makin 'marah'. Tetapi ia bukan salah bedung. IA KERANA MEMBEDUNG ITU TIDAK DISERTAI DENGAN TEKNIK MENTENTERAMKAN YANG LAIN ATAU JIKA ADA, TEKNIK TERSEBUT TIDAK DILAKUKAN DENGAN TEPAT.
Bayi yang sedang menangis akan menghayun tangan dan kakinya tanpa arah dan dengan cepat (trashing). Perbuatan ini dapat menghidupkan refleks Moro bayi dengan cepat. Ia bukan lah sesuatu yang bagus kerana refleks moro membuat bayi merasa bagai dalam posisi kejatuhan bebas (free falling position) ibarat seseorang di tolak jatuh dari tempat yang tinggi. Untuk mematikan refleks ini, pergerakkan luar kawalan tangan dan kaki bayi harus di hadkan/hentikan. Cara terbaik? Tentulah dengan membedung! Tambahan pula, memegang bayi yang sedang mengamuk dengan kaki dan tangannya yang menerawang lebih-lebih lagi dalam keadaan panik bukan sahaja merbahaya, malah membuat usaha-usaha lain untuk mententeramkan bayi menjadi kurang kemas dan tidak lancar.
Dan seperti yang telah di sebutkan, tentulah usaha mententeramkan ini tidak boleh terhenti setakat bedung. Ia harus di ikuti dengan perkara seperti menghayun(mengaplikasi gerakan) dan membuat/memasang bunyian mententeramkan yang secara tepatnya tidak dapat di terangkan dalam post kali ini kerana akan menjadi terlalu panjang.
Saya telah membuktikan kepada ayah ini (juga kepada ramai ibubapa lain) bahawa bayi mereka yang 'kununnya' tidak gemar di bedung itu, boleh bertenang dan 'cair' dalam ketenteraman jika kena caranya!.

Thursday 26 February 2015

Aktiviti bersama Anak Kecil Play Dough

Harus cuba ni...


'As entertaining as it is pliable, this jack-of-all-trades medium provides hours of fun while improving hand strength, dexterity, and motor skills. Recent research also shows that using your fingers and hands actually stimulates your brain and increases the number of neural connections it makes. So when your child digs into play dough, he's not only building little figures and shapes, he's building his brain!' Scholastic, By Ellen Booth Church | February , 2008


Bermain play dough memang sangat menyeronokkan anak-anak. Masa saya kecil-kecil tak berkesempatan nak main permainan berjenama play dough.. mahal sangat harganya. Rupa-rupanya play dough ni boleh dibuat sendiri. Malah memang tahan lama. Alhamdulillah boleh juga kita berjimat.

Resepi: [ada dua jenis, pertama yang masak dan yang kedua tidak perlu masak. Tapi yang masak lebih tahan lama sampai berbulan-bulan, InsyaALLAH]

1. Play dough [masak]

Bahan-bahan:

1 cawan tepung gandum
1/2 cawan garam
2 sudu kecil 'cream of tartar'
1 sudu besar minyak
1 cawan air
pewarna

cara-cara:
1. campurkan bahan kering ke dalam periuk, kacau sehingga mesra
2. campurkan pula bahan basah
3. masak di atas api perlahan
4. kacau sentiasa sehingga rasa macam dough [jangan melebihi 5 minit]
5. uli sehingga tidak melekat di tangan
6. simpan dalam bekas kedap udara atau di dalam peti sejuk

2. Play dough [tanpa perlu memasak]

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
1 cawan garam
1 cawan air
pewarna

cara-cara:

1. campurkan tepung dan garam
2. campurkan pula air dan pewarna
3. ulikan (1) dan (2) sehingga tidak melekat di tangan. Jika rasa dough masih lagi tidak membentuk seperti yang sepatutnya, boleh ditambah tepung/air.



Aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan: [sumber scholastic]

1. Bentukkan [Shape it]: Minta anak-anak bentukkan playdough kepada bentuk yang diingini. bincangkan hasil ciptaan mereka. untuk anak-anak yang kecil, kita boleh bantu mereka membuat bentuk bola. Minta mereka tekan [press], uli [mould]

2. Boleh juga masukkan esen ke dough seperti [vanilla, almond, orange] untuk meransang deria bau.

3. Membuat tekapan tangan/kaki atau apa sahaja seperti kulit cengkerang, urat daun dan sebagainya.

4. Bagi anak-anak kecil, boleh juga bermain dengan guntung [pastikan gunting itu sesuai dengan umurnya,tidak merbahaya]. Minta anak guntingkan playdough ke bentuk yang lebih kecil. Dia pasti gembira, InsyaALLAH.




Sumber: 10jarikecil


semoga kita dapat mencuba untuk anak kecil kita yer...

Monday 23 February 2015

Kepanasan Boleh Bawa Maut

Sekarang musim panas....keluar rumah je panas yang hangat...kepanasan di dunia yang tidak setanding kepanasan di akhirat...nauzubillah.

Panas ekstrem melanda negara, boleh bawa maut.
22 Februari 2015 1:35 AM


KUALA LUMPUR 21 Feb. – Musim panas ekstrem yang dijangka melanda negara minggu depan boleh memberi tekanan fizikal kepada tubuh badan dan kesihatan manusia termasuk menyebabkan kematian seperti strok haba.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, orang ramai harus mengambil langkah berjaga-jaga kerana cuaca kering dan berpanjangan bukan sahaja memberi kesan kepada ekosistem dan kawasan pertanian, tetapi membahayakan kesihatan.



“Perubahan iklim ini akan menjejaskan sumber bekalan air yang selamat lalu meningkatkan kes-kes bawaan air dan makanan serta cirit-birit. Penyakit berkaitan sistem pernafasan dan kardiovaskular juga meningkat.

“Kes penyakit denggi pula akan meningkat kerana masyarakat menyimpan air di dalam bekas simpanan yang tidak ditutup malah cuaca panas juga merangsang pembiakan nyamuk dan replikasi virus dalam nyamuk,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan tentang negara ini dijangka bakal berdepan cuaca panas melampau bermula minggu depan sehingga awal April ini berikutan fenomena Ekuinoks yang menyebabkan matahari berada tepat di atas garisan khatulistiwa.

Tambah Dr. Noor Hisham, semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas tetapi terdapat kumpulan yang lebih cenderung terkesan akibat perubahan iklim tersebut.

“Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain lebih berisiko kerana mereka terdedah kepada cuaca panas.

“Orang dewasa berusia 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding mereka yang lebih muda. Kanak-kanak berusia lima tahun, penghidap penyakit sistem pernafasan, darah tinggi, jantung, kencing manis dan kelenjar tiroid juga antara kumpulan yang berisiko tinggi,” katanya.

Sementara itu, pakar kesihatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof. Dr. Jegan Thanabalan berkata, cuaca panas melampau juga boleh menyebabkan strok haba yang boleh membawa maut khususnya kepada kanak-kanak dan orang tua.

“Masalah kekurangan air dalam badan adalah yang paling bahaya semasa cuaca kering dan panas kerana perubahan kandungan garam galian dalam badan boleh menyebabkan strok haba berlaku.

“Minum banyak air suam, air isotonik dan hadkan aktiviti luar yang terdedah kepada cuaca panas terik,” katanya
C&p





Sebagai peganti...minuman performance drinks boleh bertindak sebagai minuman isotonik.

Performance Drinks Shaklee

Soft Fabric Concentrate Shaklee



PELEMBUT FABRIK

                                 


Pekatan pelembut fabrik yang berbau harum ini berkesan mengelakkan pakaian daripada berkedut dan melekat pada badan akibat kesan statik, berbanding produk lain yang anda sedang gunakan. Malah, rumusan berkepekatan tinggi ini amat menjimatkan dan membolehkan anda merasai perbezaannya dengan sekali sentuhan.
  • Berkepekatan tinggi: 32 auns mampu melembutkan 64 cucian
  • Melembutkan, mengurangkan kedut dan mengawal kesan statik secara semula jadi
  • Botol kecil mudah dibawa, dituang dan disimpan
Keunikan Shaklee
Selamat
  • Tidak toksik
  • Tiada gas beracun
  • Tiada bahan kimia berbahaya
  • Tanpa pewangi
  • Lembut pada tangan anda
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin
Berkesan
  • Amat berkesan menanggalkan minyak. Ultra-pekat: 16 oz. Boleh dicairkan menjadi 48 gelen
  • Dua kali lebih pekat berbanding rumusan asal
  • Basic H (hanya gunakan separuhsahaja)
Mesra Alam
  • Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan (diekstrak daripada jagung dan kelapa)
  • Mudah biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembetungan
Petua Berguna
  • Gunakan cecair Soft Fabric untuk cucian dengan mesin basuh. Ia membantu mengelakkan pakaian daripada berkedut dan melekat pada badan akibat kesan statik, malah pakaian keluarga anda terasa lebih lembut berbanding sebelumnya.
  • Perbandingan prestasi ini dijalankan pada 20 Jun 2006, dan keputusannya sah hanya untuk produk tertentu yang dipasarkan ketika itu. Semua tanda dagangan adalah hak proprietari pemilik masing-masing.
                                                                         

Harga Runcit   : RM40




Farwizah
0199027834

Dish Wash Concentrate Shaklee

Jika kami menyatakan bahawa Pencuci Pinggan kami yang berbau harum ini tidak merengsakan tangan dan mesra alam sekitar, mungkin anda beranggapan bahawa ia tidak dapat menanggalkan kotoran dan minyak dengan berkesan. Hakikatnya, anda memerlukan beberapa titisan kecil sahaja untuk menanggalkan timbunan minyak yang melekat pada pinggan mangkuk anda. 

Benar, beberapa titis sahaja. Masih tidak percaya?

  • Lembut pada tangan
  • Rumusan berasaskan tumbuh-tumbuhan daripada sumber semula jadi yang mapan
  • Buih sabun yang tahan lebih lama
  • Menjadikan pinggan bersih berkilau
  • Hanya beberapa titisan untuk mencuci timbunan pinggan mangkuk di dalam sinki

Harga Runcit:  RM28


Tahukah Anda?

  • Sesetengah pencuci pinggan mangkuk mengandungi surfaktan berasaskan petroleum dan bahan pencuci seperti diethanolamine (DEA) dan sodium dodecylbenzensulfonate.
  • Kedua-dua bahan tersebut boleh merengsakan kulit dan mata.
Get Clean Dish Wash Concentrate tidak mengandungi bahan-bahan ini mahupun bahan berbahaya yang lain
Keunikan Shaklee

Selamat

  • Tidak toksik
  • Hipoalergenik
  • Tanpa klorin
  • Lembut pada tangan anda
  • pH seimbang
  • Tiada bahan kimia berbahaya

Berkesan

  • Amat berkesan menanggalkan minyak
  • Rumusan pekat: hanya sedikit diperlukan untuk mencuci pinggan mangkuk yang lebih banyak
  • Buih sabun yang tahan lebih lama

Mesra Alam

  • Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan (diekstrak daripada jagung dan kelapa)
  • Mudah biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Tanpa bahan pewarna
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • Selamat untuk sistem septik dan pembetungan


Farwizah
0199027834

DTX Complex Shaklee

Shaklee DTX™ Complex mengandungi campuran proprietari pelbagai ekstrak aktif daripada milk thistle, schizandra, dandelion, cendawan reishi, kunyit dan articok.
  • Digunakan secara tradisional sebagai tonik hati*


Harga Runcit : RM155
90 biji Kapsul

untuk lebih jimat: join ahli shaklee sekarang juga!

Farwizah
0199027834



Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

OsteMatrix Shaklee

OsteMatrix bukan Sekadar Kalsium

Tulang adalah struktur penting dalam tubuh manusia. Ia membina kerangka tubuh, menyokong berat badan serta melindungi organ-organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan buah pinggang; selain membolehkan kita menggerakkan otot dan tubuh dengan bebas. Mengekalkan kesihatan tulang yang optimum adalah amat penting untuk mengecapi kesihatan keseluruhan yang sempurna.



Harga Runcit: RM 61
120 biji
Tahan 3 Bulan


Bukan Sekadar Kalsium
OsteMatrix membekalkan nutrien harian, termasuk kalsium yang penting dalam pembentukan dan pertumbuhan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral iaitu zink, kuprum dan mangan untuk mengekalkan kelancaran fungsi tubuh. Ditampilkan dalam bentuk kaplet kecil bersalut yang mudah ditelan.

Ostematrix berfungsi sebagai:-
~ Legakan Sembelit
~ Membantu wanita untuk mudah bersalin
~ Menguatkan tulang
~ Cegah obesiti
~ Elakkan kanser kolon
~ untuk penderita imsomnia
~ Mencegah batu karang
~ Membantu kesihatan gigi dan gusi
~ Mengawal tekanan darah




Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



Farwizah
0199027834

Sunday 22 February 2015

Punca Kanak-Kanak Kurang Nutrisi

Kajian telah dijalankan oleh Pengkaji yang menyatakan punca sebenar kanak-kanak kekurangan nutrisi adalah disebabkan CARA PEMAKANAN YANG TIDAK BAIK.





KALAU bercakap tentang makanan, rakyat Malaysia boleh dikategorikan sebagai amat bertuah kerana mudahnya untuk mendapat makanan.

Walaupun itulah yang dilihat secara kasar, hakikatnya senario itu tidak berlaku di kalangan kanak-kanak.




Satu kajian yang dijalankan oleh Kaji Selidik Nutrisi di Asia Tenggara (SEANUTS) mendapati seorang daripada 10 kanak-kanak di Malaysia menunjukkan simptom tidak cukup zat makanan yang mana ia telah membantutkan tumbesaran mereka.

Bahkan ketinggian yang sepatutnya seiring dengan penambahan usia tidak berlaku pada golongan kanak-kanak yang tidak mendapat zat secukupnya.

Puncanya ialah diet atau cara pemakanan yang tidak baik.

Dapatan ini telah dikongsi oleh ahli panel profesional yang terdiri daripada pakar pemakanan, ahli akademik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada satu sidang akhbar di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kaji selidik itu juga merupakan kerjasama SEANUTS dengan Persatuan Nutrisi Malaysia, UKM dan Friesland Campina bagi mengetengahkan isu kepentingan mengambil makanan berkhasiat.

Kaji selidik tersebut telah berlangsung selama hampir dua tahun melibatkan 3,542 kanak-kanak berusia antara enam hingga 12 tahun.

Menurut Ketua Program Nutrisi Sains UKM, Prof. Poh Bee Koon, kebanyakan kanak-kanak yang terlibat dalam kajian tersebut mengalami apa yang dikatakan sebagai kelaparan tersembunyi (hidden hunger).

Maksudnya, kanak-kanak tidak mendapat zat yang sepatutnya mereka dapat.

Kajian tersebut juga mendedahkan bahawa satu daripada lima kanak-kanak mengalami berat badan berlebihan atau obesiti.

Menyedari hakikat itu presiden Persatuan Nutrisi Malaysia, Dr. Tee E Siong berkata, banyak tindakan segera harus diambil.

Katanya, hasil kajian dan dapatan yang diperolehi daripada SEANUT tersebut akan dikongsi bersama pengamal perubatan profesional dan ibu bapa menerusi pelbagai medium dan kempen kesedaran pendidikan yang akan dianjurkan oleh Friesland Campina.



Happy Reading!!

Farwizah
0199027834

5 Makanan yang Terbaik untuk Kanak-Kanak

Di sini, saya ingin kongsikan dengan ibu-ibu sebagai panduan untuk mencari Makanan Terbaik buat si anak. 
Apa yang penting adalah si anak mendapat pemakanan yang terbaik dan nutrisi yang mencukupi untuk meningkatkan kesihatan diri mereka.


1) Susu dan produk susu

Anda mesti pernah mendengar ibu bapa anda memberitahu anda untuk minum lebih banyak susu supaya anda menjadi lebih kuat. Kini, ia adalah penting bahawa anda melakukan perkara yang sama untuk kesihatan anak-anak anda. 
Susu adalah salah satu makanan yang paling berkhasiat yang sepatutnya anak-anak. Ianya asli, sedia ada dan makanan yang kaya nutrien yang terdiri daripada sembilan nutrien penting, termasuk kalsium, vitamin A,B12, dan D, protein, fosforus, riboflavin, kalium dan niacin
Nutrien ini adalah sangat penting untuk pertumbuhan salubrious kanak-kanak anda.Anda mesti membayar kepentingan pengambilan susu anak anda. Segelas atau dua susu adalah penting untuk pertumbuhan sihat bagi anak anda.

2) Produk gandum

Bijirin sarapan Nestlé pemakanan akan higher-up untuk bijirin halus, lebih plenteous dalam serat diet, antioksidan, protein, mineral pemakanan dan vitamin. Untuk menjadi lebih khusus, gandum makanan termasuk roti dan bijirin yang mengandungi makanan gandum 100% dan tidak diproses tepung. Beberapa contoh produk makanan gandum adalah cornflakes, roti coklat, beras perang, dan bahkan popcorn.


Anda mungkin telah cuba untuk memasukkan beberapa sayur-sayuran berdaun dalam diet anak anda hanya untuk menerima mengkerut yang daripada-Nya. Dengan produk-produk makanan gandum anda bukan sahaja pemakanan anak anda dengan makanan yang sihat tetapi juga menyediakan mereka dengan gentian memerlukan makanan yang banyak. 
Makanan yang ditapis seperti roti putih, nasi putih atau Mee dilucutkan dari mereka serat makanan dan kandungan pemakanan. Walaupun, makanan yang ditapis akan mudah diperolehi dan sedia-dimakan, Walau bagaimanapun, untuk kesihatan anak anda ia adalah penting bahawa anda menukar kepada produk gandum.
Bermula dari hari anak anda dengan produk-produk gandum akan memastikan dia penuh dan aktif untuk masa yang lama. Malah, anjakan daripada makanan bijirin halus untuk produk makanan gandum akan membuktikan pilihan yang lebih sihat untuk seluruh keluarga.

3) Sayur-sayuran berwarna

Sebagai ibu bapa anda perlu memastikan bahawa kanak-anda kanak makan sayur-sayuran dalam kuantiti yang baik. Kami memahami bahawa ia lebih mudah berkata daripada dilakukan. Tidak pernah memaksa anak anda makan sayur-sayuran yang akan menjadikan masa makan masa perang. Lebih banyak anda memaksa dia lebih banyak dia akan mengelakkan mereka. Sebagai ibu bapa, anda perlu mengubah cara anda memasak atau menunjukkan sayur-sayuran.

 Kaedah-kaedah kreatif untuk mendapatkan anak anda untuk mempunyai lebih banyak sayur-sayuran boleh termasuk disguising mereka dengan produk-produk makanan yang lain, seperti dalam sandwic sayur-sayuran. Anda juga boleh potong sehingga banyak sayur-sayuran dan campur Mee, sup, omelets dan lain-lain atau lebih baik membuat pizza dengan lebih banyak sayur-sayuran dan keju yang kurang atau tiada.

4) Telur dan daging

Telur yang mempunyai reputasi yang tinggi sebagai makanan. Bahagian putih yang kaya dengan protein, dan kuning telur kaya dengan protein dan vitamin A. Telur juga mengandungi kalsium dan ferum. Walau bagaimanapun, kuning telur mempunyai kandungan kolestrol yang tinggi. Anda mesti cuba untuk memasukkan telur ke dalam pengambilan makanan harian anak anda. Terdapat beberapa cara penyediaan telur yang akan menambah kepelbagaian diet. Telur rebus keras boleh membuktikan untuk menjadi snek yang berkhasiat untuk anak anda.

5)  Pelbagai jenis buah-buahan

Pemakanan buah-buahan perlu menjadi sebahagian penting daripada diet kanak-kanak anda. Buah-buahan yang dikenali yang kaya dengan nutrien yang banyak dan pengambilan harian yang sama mengurangkan faktor risiko beberapa penyakit serius dalam jangka masa panjang. Menyediakan anak anda dengan jumlah yang mencukupi daripada buah-buahan adalah perkara terbaik yang anda boleh lakukan untuk memastikan anak anda kesihatan yang baik. 
Buah-buahan yang dimakan segar, tidak potong dan simpannya di dalam peti sejuk untuk jangka masa panjang. Jika anak anda tidak khusus seorang pencinta buah-buahan, anda boleh menyediakan chaats buah-buahan yang lazat untuknya. Juga, anda boleh menggantikan adanya dan lain-lain minuman ringan jus buah-buahan di rumah anda.
Walaupun ia dinasihatkan bahawa jus segar adalah yang terbaik untuk Kesihatan, menggantikan ia dengan jus buah-buahan makan boleh didapati di kotak pembungkusan adalah lebih baik daripada segelas minuman cola. Selain itu, kanak-kanak suka buah-buahan dengan rumput yang boleh.

HAppy Reading!
Jeryjournal

Jom Sihat Sokm0!!
0199027834

Masalah Yang Mungkin dihadapi Selepas Bersalin.

Sakit pada Faraj
==========
Sekiranya anda mengalami episiotomi atau koyakan semada melahirkan, anda akanmengalami sakit pada faraj. Kesakitan mungkin akan belarutan sehingga 2-3 minggu terutama semasa anda berjalan atau duduk. Koyakan yang panjang mungkin akan mengambil lebih masa untuk sembuh sepenuhnya.




[Tip untuk mempastikan luka koyakkan cepat baik]

-Letak pad sejuk atau berais di sekitar tempat luka.
-Pastikan tempat luka kering dan bersih- Bilas faraj 2-3 jam sekali dan biarkan kering dari darah nifas.Anda boleh mengunakan pengering rambut jika mahu.
-Semasa kecing, cuba duduk secara "squat" dan siram air suam semasa kencing.
-Semasa buang air besar, tekan dengan lembut kawasan episiotomi untuk pastikan ia tidak terlalu tegang. Ia mengurangkan sakit dan mengelakan jahitan terbuka.
-Duduk perlahan lahan, jaga pergerakkan punggung semasa duduk. Kalau masih sakit, guna bantal berbentuk donut untuk mengurangkan tegangan.
-Buat senaman kegel. Ia menolong menguatkan otot pelvis. Cuba selepas sehari bersalin dengan mengemutkan otot faraj seperti tahan kencing. Buatlah 4-5 kali setiap sesi selama 40-50 kali sehari.
-Pastikan tiada tanda jangkitan kuman seperti kesakitan dan pembengkakan. Jumpa doktor sekiranya ada masalah ini.

Darah nifas
=======
Anda akan mengalami pengaliran darah nifas sehingga 6 minggu selepas bersalin. Pada mulanya ia merah dan banyak, tapi lama kelamaan ia akan beransur kurang menjadi berwarna coklat. Sekiranya anda duduk atau baring buat seketika, anda mungkin perasan pendarahan yang keluar terutama semasa semasa dan selepas menyusukan bayi. Itu normal dan anda janganlah panik pula. Pastikan pad sanitari ditukar dengan kerap untuk mengelakkan jangkitan kuman pada luka. Jangan cemas sekiranya keluar darah beku sekali sekala. Ia kerap terjadi.

Walaubagaimanapun, sekiranya anda mengalami masalah ini, jumpalah doktor dengan segera.
-Pad sanitari dipenuhi darah walau ditukar setiap setengah jam
-Darah yang keluar berbau busuk
-Darah beku yang keluar lebih besar dari bola golf
-Mengalami demam 38 darjah atau lebih

Sakit rengat
=======
Sakit pada rahim sebaik melahirkan memang kerap terjadi tapi puan jangan risau kerana ia cuma dari rahim yang mengecut dengan kuatnya. Kecutan rahim menghalang aliran darah dari rahim seterusnya mengurangkan risiko tumpah darah. Sakit juga sering berlaku semasa anda menyusu dan ia lebih kerap terjadi pada kandungan kedua dan seterusnya. Walaubagamanapun, sekiranya sakit rahim makin kuat disertai dengan darah yang berbau busuk. Eloklah anda jangan membuang masa lagi. Jumpa doktor untuk pastikan tiada jangkitan kuman pada rahim.

Susah kencing
=========
Bengkak dan calar pada tisu sekitar ruang faraj dan pundi kencing kadang kadang boleh menyebabkan anda sukar kencing selepas melahirkan. Cuba buat senaman kemutkan faraj semasa kencing dan letakkan pad suam atau sejuk pada faraj untuk kurangkan bengkak. Sukar kencing terjadi tidak lama kerana ia hilang dengan sendiri selepas beberapa hari. Walaubagaimanapun, sekiranya faraj menjadi pedih dan anda kerap terasa hendak kencing setiap 1 jam ia mungkin tanda jangkitan kuman pada pundi kencing. Jumpalah dengan doktor ye.

Terkencing tanpa kawalan
================
Kehamilan dan kelahiran menyebabkan tisu sekitar faraj dan sekeliling pangkal pundi kencing tegang secara keterlaluan dan luka. Ia juga boleh menyebabkan kerosakan pada saraf dipersekitarannya menyebabkan kawalan kencing terganggu dan anda akan mudah terkencing apabila batuk, bersin atau ketawa. Tapi anda bernasib baik kerana keadaan ini terjadi untuk sementara waktu sahaja dan anda selalunya pulih sepenuhnya selepas 3 bulan. Amalkan senaman kegel kerana ia mempercepatkan proses pemulihan dan pakai pad wanita sekiranya perlu.

Buasir
====
Sekiranya anda merasa sesuatu keluar dari dubur dan sakit setiap kali buang air besar, anda mungkin mengalami buasir. Buasir terjadi akibat tekanan yang tinggi semasa meneran yang menyebabkan salur darah sekitar dubur menjadi kembang. Untuk megurangkan rasa tidak selesa, puan disarankan menggunakan pad berais, diletak pada bahagian dubur. Sekiranya sakit keterlaluan atau buasir menjadi semakin bengkak, anda disarankan berjumpa doktor. Terdapat ubat yang selamat dan boleh dimakan walaupun anda benyusu badan. Untuk mengurangkan risiko buasir, amalkan memakan makanan berfiber tinggi dan minum air secukupnya. Pastikan anda sentiasa aktif semasa hamil dan sekiranya najis keras, anda boleh meminta preskripsi doktor untuk ubat lembutkan najis.



Sembelit
======
Sembelit kerap terjadi mungkin kerana takut luka episiotomi terbuka semasa membuang air besar atau sebab sakit kerana buasir yang bengkak. Untuk mengelakan dari najis menjadi keras, amalkan memakan sayuran dan makanan berfiber tinggi semasa pantang, dan minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Jangan dengar tentang mitos orang tua pasal minum air segelas sehari dan tentang sayur sejuk sayur panas dan sebagainya. Dehidrasi dari kekurangan air sebab terlalu berpantang menyebabkan luka anda lambat baik dan air susu menjadi kurang. Sekiranya anda masih lagi sembelit selepas tip diatas, Jumpa saja doktor untuk laksatif yang sesuai semasa pantang.

Sakit Buah dada
==========
Selepas beberapa hari bersalin, buah dada akan dipenuhi susu dengan banyaknya dan payudara anda akan mula merasa sakit, berat dan bengkak. Rasa tidak selesa pada buah dada selalunya berakhir sebaik sahaja bayi anda mula pandai mengisap susu. Sekiranya masih bengkak, cuba perah mengunakan ‘breast pump’ yang sesuai. Anda juga boleh meletakan tuala sejuk atau suam pada buah dada untuk mengurangkan bengkak. Ubat penahan sakit seperti panadol dan ponstan adalah selamat dan boleh dimakan walaupun anda menyusu. Bagi mereka yang mengalami susu yang keluar terlalu banyak sampai meleleh, jangan tension pula, anggap itu satu kelebihan dan cuba gunakan pad payudara. Bila malam, cuba letakkan tuala pada buah dada untuk serapan yang lebih optimal.

Rambut gugur
=========
Semasa hamil, kadar keguguran rambut menjadi kurang disebabkan rembesan hormon dari uri yang menghalang keguguran rambut. Sesetengah wanita pula mungkin mendapati rambut tumbuh lebih lebat dari biasa. Walaubagaimanapun selepas bersalin rambut anda akan luruh 2 kali ganda lebih kerap dari biasa disebabkan rambut yang tumbuh berlebihan tadi. Ini mungkin menyebabkan anda sedikit bimbang kerana takut ia mungkin disebabkan pemakanan atau sebagainya. Tapi puan jangan risau, dalam masa 6 bulan, rambut anda akan gugur dengan kadar biasa. Sementara itu, makan makanan berzat dan elak dari mengering dan mewarnakan rambut secara keterlaluan.

Perubahan warna kulit
==============
Anda mungkin perasan terdapat bintik bintik merah pada kulit muka dan leher sebaik sahaja melahirkan, jangan bimbang kerana ia sebenarnya disebabkan oleh saluran darah kecil yang pecah semasa proses meneran. Bintik ini akan hilang selepas 1 minggu. Kesan tegangan pada perut walaubagaimanapun tidak akan hilang dengan senang. Ia akan berubah dari berwarna hitam kepada warna putih cuma selepas beberapa bulan. Perubahan kulit lain seperti jaluran hitam ditengah perut akan hilang sepenuhnya secara beransur ansur.

Perubahan emosi
===========
Selain dari perubahan fizikal, ibu juga kerap mengalami ganguan emosi seperti ‘mood swing’, dilanda kesedihan tak menentu, dan risau berpanjangan. Ada juga yang mengalami masalah kemurungan atau dipanggil ‘baby blues’. Ia selalunya berakhir selepas 10 hari dan dalam masa tersebut, cuba dapatkan tidur secukupnya dan mintalah pertolongan dan nasihat dari saudara-mara atau ibu jika perlu. Sekiranya anda merasa kemurungan semakin teruk seperti rasa tiada harapan, berjumpalah dengan doktor.

Perut buncit dan berangin
================
Sebaik sahaja melahirkan, fizikal anda akan masih kelihatan bulat, tidak ramping dan ‘flabby’. Sesetengah masih kelihatan masih seperti orang hamil disebab disebabkan usus yang mengandungi angin berlebihan. Jangan risau. Keadaan ini hanya sementara kerana semua cecair badan dan lebihan lemak yang anda kumpul semasa hamil akan hilang perlahan-lahan. Selepas beberapa minggu, anda sudahpun 60-80% hampir kepada bentuk asal anda seperti sebelum hamil. Sekiranya anda menyusu badan secara eklusif, berat anda akan lebih berkurangan dengan kadar yang lebih cepat. Terimakasih kepada bayi anda.

Pemeriksaan selepas pantang
==================
Selepas 6 minggu, doktor anda akan memeriksa keadaan faraj dan rahim untuk pastikan sistem peranakan anda pulih 100%. Ujian Pap dan US mungkin akan dibuat. Ambil peluang ini untuk bertanya tentang kaedah perancang keluarga, sebarang isu tentang penyusuan dan bayi atau apa jua masalah yang menganggu fifkiran. Selalunya selepas 6 minggu anda sudahpun sihat sepenuhnya dan dapat menyesuaikan diri sebagai seorang ibu dalam menjalani kehidupan baru.





sumber: kelab ibu bersalin dan berpantang


Farwizah
0199027834

Wednesday 18 February 2015

Zink Complex Shaklee Mampu Tingkatkan Pengeluaran Sperma

Perbezaan Shaklee


Dirumus dari zinc glukonat semulajadi bergabung dengan nutrien semulajadi  yang lain seperti kalsium dan serbuk alfafa untuk menghasilkan zinc yang mudah untuk diserap oleh tubuh kita. Zink sesuai untuk pengambilan jangka panjang. ia berkesan dalam mengeluarkan logam toksik seperti kadmium dan plumbum dari tubuh.



Manfaat Utama

1. Mengaktifkan 200 jenis enzim


Zink berkebolehan menggabung DNA, RNA, dan protin seterusnya meranssang regenerasi sel.Ia juga mengaktifkan lebih 200 jenis enzim di dalam tubuh kita untuk memelihara metabolisma gigi dan pertumbuhan para remaja.

2. Membentuk Kolagen


Membantu pembentukan protin dan kolagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kulit, kuku dan organ.

3. Memperbaiki Diabetes


Membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin, seterusnya diabetes.

4. Bintik Putih di Kuku


Bintik putih di kuku adlah tanda difisiensi zinc, yang boleh menyebabkan depresi, lemah daya ingatan, mudah sakit, pemulihan luka yang lambat, pembengkakan prostat, anemia, lemah daya penglihatan.

5. Mempertingkatkan Sistem Imum


Membantu pengeluaran kalenjar thymus. Kalenjar thymus mempertingkatkan sistem imun dengan pengeluaran T-cells untuk menentang kanser dan mengahlang infeksi penyakit.

6. Mempercepatkan Pemulihan Luka


Mempercepatkan pemulihan luka dalaman dan luaran, pemulihan selepas pembedahan, memperbaiki alergi dan bintik dikulit. Hancurkan zink dan tabur ke atas luka untuk mempercepatkan pemulihan luka.

7. Memperbaiki Masalah Prostat



Melindungi kesihatan prostat, memperbaiki dan menyembuhkan benign prostatomelagaly dan keadaan kerap kencing. Kajian menunjukkan pengambilan harian zink dapat mengurangkan pembengkakan prostat dalam kadar 70%.

8. Kemampuan Seks Lelaki

Sperma Normal V Sperma Abnormal



Pengambilan zink untuk jangka panjang mampu memperbaiki kemampuan seks lelaki, impoten, meninggikan kiraan sperma. Zink yang secukupnya penting untuk keupayaan seks yang bertenaga.


9. Ovulasi Wanita


Wanita memerlukan zink untuk ovulasi. Zink juga membantu penguncupan uterus mengembalikan daya ketahanannya.

10. Mengekalkan Deria Bau


Untuk mengekalkan deria bau yang sihat dan snesitif

Zink adalah suatu khazanah lelaki

Zink di dalam prostat lelaki adalah 10 kali ganda dari organ lain. Zink memainkan peranan penting dalam organ seks lelaki. Defisiensi yang serius akan mengakibatkan masalah seperti kematangan organ seks yang lambat, impoten, perkembangan yang kecil atau pincang pada tekstikel, kiraan sperma yang rendah, kemerosotan fungsi seksual, penuaan pra matang dan gugur rambut. Oleh  yang demikian, zink amat diperlukan dari remaja sampai ke umur tua.



Jom Sihat Sokmo!


Farwizah
0199027834




Cara Merancang Pengeluaran Susu

Mereka yang bergelar ibu akan lebih panik jika pengeluaran susu tidak seperti yang dijangkakan selepas kelahiran....Bagi yang baru bergelar ibu, ianya adalah suatu pengalaman baru yang perlu dipelajari dan akan mengalaminya dari semasa ke semasa.

Di sini saya ingin konsgsikan beberapa cara yang boleh dilakukan untuk ibu-ibu mengatasi masalah pengeluaran susu yang terganggu.

Antara cara yang boleh digunakan untuk meransang dan melancarkan pengaliran susu termasuklah:-


1) Melakukan teknik relaktasi dengan menarik nafas sedalamnya, kemudian hembuskan.

 Ibu perlu melakukannya beberapa kali sehingga berasa lega dan tenang. Perhatikan wajah anak anda      dengan penuh kasih sayang. Perasaan ini akan menghasilkan hormon oksitosin.




2)  Memilih tempat yang sunyi dan tiada gangguan.


3). Mengurut sekeliling payudara dengan perlahan-lahan.






4). Meletakkan tuala di atas payudara sejurus sebelum mula menyusu. 

Ia bertujuan untuk menggalakkan pengaliran darah yang berkesan di kawasan areola, seterusnya mampu meningkatkan pengaliran susu.

5). Menggalakkan pengaliran darah yang baik di kawasan puting dengan cara mandi dengan air suam sebelum mula menyusu.


6) Mengurut di bahagian tulang belakang ibu untuk mencetuskan rasa relaks dan seterusnya meransang pengeluaran susu. Pada masa yang sama ini, bantuan ahli keluarga amat diperlukan. 


Semoga Bermanfaat!



Farwizah
0199027834


Saturday 14 February 2015

Basic H Shaklee untuk Cucian Ajaib

Kaedah Mencuci Secara Semula Jadi Tanpa Racun

Setiap botol Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate dengan kepekatan berganda ini sungguh selamat digunakan dan dilengkapi kuasa pembersihan yang tinggi untuk menanggalkan kotoran dan minyak dalam sekelip mata. Basic H² berkesan untuk membersihkan tumpahan susu, mengelap tingkap, menyental kotoran pada gril, dan1001 kegunaan lagi. Cubalah sendiri dan lihat betapa kagumnya anda!



Hanya Satu Pencuci Untuk Ribuan Kerja Rumah

Ultra-pekat: 16 auns boleh dicairkan menjadi 48 gelen pencuci berkuasa tinggi.Pencuci serba guna: menanggalkan kotoran, gris dan minyak daripada sebarang permukaan yang boleh dicuci, di dalam dan di luar rumah.Mencuci kotoran berminyak dan gris yang paling degil, tanpa meninggalkan kesan comot.Dua kali lebih pekat berbanding rumusan Basic H² asal – hanya gunakan separuh sahaja.Tidak perlu dibilas, tidak meninggalkan sebarang sisa sabun atau kesan palitan.

Gunakan Pada Sebarang Permukaan Yang Boleh Dicuci – Di Dalam atau Di Luar Rumah

Dinding, tingkap dan cerminKaunter dapur, jubin dan lantaiPeralatanDapurHiasan kayuPeriuk belangaPerabot (Jangan gunakan dalam akuarium atau tangki air pengelap cermin kereta)

Cara Penggunaan Untuk Hasil Terbaik

Dapur, peralatan, perabot, hiasan kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi

1⁄4 sudu teh + 16 oz. air dalam Penyembur Get Clean

Periuk belanga

1⁄2 sudu teh + 1 gelen air suam

Tingkap dan cermin

1-2 titis + 16 oz. air dalam Penyembur Get Clean

Lantai

1 sudu besar + 1 gelen air

Kain benang biri-biri, nilon, fabrik berkualiti tinggi

1⁄2 sudu teh dalam satu besen air suam

Tahukah Anda?

Kebanyakan pencuci serba guna mengandungi toksin yang boleh disedut atau diserap melalui kulit.Pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon.Pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan toksin saraf dan boleh merengsakan hidung.Morpholine, sejenis toksin berbahaya, boleh mengakibatkan kerosakan hati atau buah pinggang.Pencuci kaca mengandungi ammonia, sejenis racun yang boleh merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.

Basic H2 Tidak Mengandungi Bahan-Bahan Ini Mahupun Bahan Berbahaya Yang LainKeunikan Shaklee

Selamat

Tidak toksikTiada gas beracunTiada bahan kimia berbahayaTanpa pewangiLembut pada tangan andapH seimbangTanpa klorin

Berkesan

Amat berkesan menanggalkan minyak. Ultra-pekat: 16 oz. Boleh dicairkan menjadi 48 gelen.

Mesra Alam

Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan (diekstrak daripada jagung dan kelapa)Mudah biorosotTanpa fosfatBungkusan yang boleh dikitar semulaTanpa bahan pewarnaSelamat untuk sistem septik dan pembetungan




Sumber: web shaklee

Paps Smear? Sudahkah anda Lakukan?

Saya tak pernah lakukan Paps Smear lagi...Maklumlah saya ni jenis penakut...Penakut ubat! Ubat semestinya saya tak makan....even nak telan panadol pun saya tak boleh nak telan...Oleh sebab itulah, saya bertukar kepada supplement Shaklee...yang mana no 1 di hatiku......

Ok...jom kita tengok Apakah dimaksudkan dengan Paps Smear


Perkongsian dari blog whitevinci


Prosedurnya amatlah sekejap. Tak sampai 10 minit rasanya.Baring atas katil dengan keadaan kaki macam nak cek bukaan masa nak bersalin tu, lepastu ada 1 lampu spotlight suluh dekat "situ".Segan? Mestilah segan woiii. Maluu hokey. Tapi nurse tu sporting..dia kata jangan malu2. Ni kan nak check rahim sehat ke tak.Aku dengan berdebarnya masa nurse nak masukkan speculum tu sempat lagi tanya "Err..nurse, sakit tak?". Nurse senyum2. "Alahh..takde sakit pun. Kalau sakit pun sikit je. Tarik nafas ye kalau terasa sakit". Bagus kan nurse ni. Dan memang betul, masa nurse masukkan speculum tu dan amik sikit sample pangkal rahim memang tak terasa sakit pun. Aku je yang cuak lebih.Nurse cakap lagi "Tengok keadaan pangkal rahim awak ni sihat, merah, takde nampak jangkitan tapi resultnya kena tunggu dari makmal lah ye".Lepastu siap!! Klinik akan call untuk beritahu resultnya nanti. Dalam masa sebulan. Mudahan2 takde pape.Aminn :)

Apa itu pap smear test? Kenapa kita kaum wanita kena buat test ni?


Pap smear test ni ialah pemeriksaan pangkal rahim untuk mengesan sebarang sel abnormal yang ada di serviks,samada jangkitan fungus atau yang penting sekali ialah untuk mengesan sel kanser. Wanita yang sudah berkahwin memang digalakkan untuk buat test ni sekurang kurangnya 3 tahun sekali. Untuk lebih info pasal pap smear test ni, bolehlah baca dekat sini dan sini.Macam yang kita sedia maklum, kanser pangkal rahim ialah kanser kedua pembunuh utama wanita, jadinya..kita mestilah ambil langkah berjaga2 ni.Buat pemeriksaan awal dan amalkan cara hidup sihat. Eceh..dah macam iklan tv pulak. So semua diluar sana, buatlah pap smear test ni ok. Mencegah adalah lebih baik dari merawat :).Tapi pap smear ni untuk yang dah berkahwin je boleh buat tau, yang masih anak dara jangan ngengada pulak nak buat. Pergi klinik mintak suntikan vaksin Human Papilloma Virus (HPV) lagi baik.



Selamat membuat pemeriksaan Paps Smear ye!



Farwizah
0199027834
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FARWIZAH M.I.D LOVE'S Copyright © 2015 Designed by NH Design