Thursday 4 December 2014

Jalan kaki Senaman untuk Turunkan Berat Badan

SENAMAN JALAN KAKI 


Senaman ringan memang baik untuk diamalkan. Salah satu senaman ringan yang mudah untuk dilakukan adalah jalan kaki. Jalan kaki akan membantu menguatkan tulang, mengawal berat badan, dan kestabilan jantung serta paru-paru. Sekarang, rata-rata kita semakin malas untuk berjalan kaki. Terutamanya bila ke tempat membeli-belah....kalau boleh nak parking kereta depan muka pintu tempat membeli belah tu....Memang macam tu tabiat kita sekarang ni...Apa kata kita ubah gaya hidup kita untuk kehidupan yang lebih sihat.



Mengamalkan jalan kaki secara rutin dan konsisten adalah salah satu faktor terpenting dalam membentuk program aktiviti fizikal yang sihat.

Kajian yang dijalankan


Kajian menunjukkan bahawa orang yang berjalan kaki kira-kira 20-25 batu per minggu lebih panjang umur beberapa tahun jika dibandingkan dengan mereka yang tidak melakukan aktiviti ini.

Beberapa Fakta Berjalan Kaki

- Jalan kaki selama 20 minit setiap hari membakar 7 paun lrmak per tahun
- Jalan kaki dalam tempoh yang lama pada yakni 40 minit setiap hari adalah cara terbaik untuk menurunkan berat badan
- Jalan kaki cepat iaitu dari 20 hungga 25 minit adalah keadaan terbaik bagi jantung dan paru-paru.



Jalan kaki juga memberikan manfaat berikut;

# Memperbaiki keberkesanan jantung dan paru-paru
# Membakar lemak dalam tubuh
# Mrningkatkan metabolisme sehingga tubuh membakar kalori lebih cepat, sekalipun sedang beristirehat
# Membantu mengawal selera
# Meningkatkan tenaga
# Membantu menyembuhkan stress
# Melambatkan penuaan


Sesungguhnya senaman berjalan kaki juga dapat membakar kalori. Semoga senaman ini dapat menyihatkan badan kita.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FARWIZAH M.I.D LOVE'S Copyright © 2015 Designed by NH Design