Friday 3 October 2014

Tips Kurangkan Kolestrol dengan Epal

Nak Kurangkan Kolestrol?

Di sini saya kongsikan petua untuk kurangkan kolestrol iaitu:

Memakan sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan.

Kajian untuk Kurangkan Kolestrol

Kajian menunjukkan epal mengandungi elemen kesihatan fitonutrien yang boleh melambatkan pengoksidan kolestrol yang tidak baik. Satu proses yang berperanan dalam pertumbuhan penyakit jantung. Memakan sebiji epal sehari mengandungi 1/5 daripada keperluan serat anda.

Elakkan Sakit Jantung

Epal tidak mengandungi kolestrol dan sodim. sebiji epal sehari dapat membantu menurunkan paras kolestrol. Buah epal banyak mengandungi magnesium, zat besi dan silikon, potasium, fortor,sodium, kalsium dan belerang.

Epal Mengandungi Vitamin

Epal juga mengandungi vitamin A, B dan C. Zat asam pada epal merupakan zat pembersih tubuh yang sangat baik serta dapat menyembuhkan keradangan pada tubuh.




Semoga tips ini membantu anda untuk mengurangkan kolestrol.


Salam Sayang;
FB: Farwizah Darwisha

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FARWIZAH M.I.D LOVE'S Copyright © 2015 Designed by NH Design