Thursday 25 September 2014

Belajar Untuk Relaks Apabila Menghadapi Tekanan @ Stres

Relakskan Diri Anda

Pernahkah kita relaks setelah penat bekerja? Masing-masing mempunyai cara tersendiri untuk relaks.
Di sini saya ingin berkongsi dengan anda salah satu cara untuk relaks...

Luangkan Masa

Cuba luangkan masa selama 20 minit untuk melakukan meditasi. Kaedah ini mampu mengurangkan stres atau tekanan yang boleh memberi kesan negatif kepada tubuh. oleh itu, anda digalakkan mempelajari teknik untuk melapangkan minda atau 'mengosongkan fikiran'. Pelajari juga teknik pernafasan agar matlamat untuk merehatkan minda tercapai. 

Jika anda mampu melakukan meditasi setiap hari selama 20 minit, tahap DHEA dalam tubuh anda akan meningkat. jika tidak dapat melakukan setiap hari, dua kali sehari pun sudah memadai.

Relaks mampu kurangkan stess
Biasanya, meditasi seringkali dikaitkan dengan yoga.

Cara Yoga

Dalam posisi duduk, tegakkan tubuh anda sambil bersila (pastikan kedua-dua belah kaki bertindan).
Letakkan kedua-dua belah tangan di atas lutut. Pastikan telapak tangan menghala ke atas. Tarik nafas dan tumpukan perhatian anda kerana teknik ini akan membantu melapangkan fikiran anda. Tahan nafas dan kira sehingga lima, kemudian lepaskan nafas. Teruskan bernafas seperti biasa tetapi perlahan-lahan bagi mengundang ketenangan. Angkat tangan menghala ke belakang dan bengkokkan.
Anda akan merasa tenang pada bahagian belakang dan bahu. Turunkan tangan dan ulang beberapa kali. 

 Senaman Yoga 


SELAMAT MENCUBA YE!!





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FARWIZAH M.I.D LOVE'S Copyright © 2015 Designed by NH Design