Wednesday 14 May 2014

Muntah Ketika Hamil

Pernah alahan semasa hamil?


Muntah ketika hamil, ia menandakan hormone HCG yang dihasilkan oleh kandungan anda berada di tahap yang baik. TETAPI jika anda anda masih muntah selepas usia kandungan melepasi 20 minggu, ini memerlukan pemeriksaan lanjut. Doktor perlu mencari sebab mengapa anda muntah terlalu lama.

Antara sebab-sebabnya ialah masalah radang di perut dan salur esophagus, gastric, ulser di perut dan duodenum, batu di pundit hempedu, radang di bahagian appendiks, organ hati, dan alahan makanan misalnya susu lembu. Jika doctor mendapati anda tidak mengalami masalah seperti ini, maka anda tidak berada dalam bahaya.

Perkara yang boleh mengurangkan rasa loya dan muntah ialah:

1)      Makan makanan ringan seperti sekeping dua biskut kering pada waktu pagi.
2)      Jangan baring sejurus makan
3)      Makan makanan dalam jumlah sedikit tetapi kerap kali. Misalnya setiap dua jam.
4)      Elakkan bau yang tidak menyenangkan. Misalnya bau peluh di badan suami, bau anak-anak baru baliks ekolah ataupun makanan yang dimasak jiran
5)      Makanan daripada sitrus (misalnya air limau nipis) atau makanan ringan seperti kerepek kentang atau hirisan halia dapat mengurangkan rasa loya.
6)      Elakkan makanan yang berminyak , bercili dan berempah.

Segera berjumpa doktor jika ianya berlarutan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FARWIZAH M.I.D LOVE'S Copyright © 2015 Designed by NH Design