Saturday 17 May 2014

Kenali Perubahan Kulit Semasa Hamil

Terdapat beberapa perubahan yang dialami semasa hamil antaranya ialah:

1) Topeng kehamilan/chloasma

Pasti ada sebahagian anda sedar terdapat pgmentasi kecoklatan di seluruh wajah terutamanya bahagian pipi dan dahi. bagi mengatasi masalah ini, pastikan anda mengurangkan pendedahan diri kepada cahaya.

2) Kesan regangan

Apabila berat badan bertambah di trimester kedua dan ketiga kehamilan, kulit mula meregang menjadi garisan kecoklatan atau kemerahjambuan bergantung ekpada warna kulit. Bagi mengurangkan masalah ini, anda seharusnya menyapu lebih banyak losyen vitamin E bagi memastikan ia lembap, minum lebih banyak air untuk mengekalkan hidrasi dan makan makanan yang kaya dengan vitamin C, E dan zink bagi mengekalkan kesihatan kulit. Selepas bersalin kelak, kesan regangan akan beransur-ansur menjadi pudar.

3) Linea nigra

Terdapat agrisan lurus kegelapan yang melintasi pusat ke tulang pubik. bagi sesetengah wanita, garisan ini sememangnya wujud sebelum hamil tetapi hadir dalam warna yang samar. walaubagaimanapun, ia akan pudar selepas kelahiran bayi.

4) Jerawat dan bintik-bintik

Diakibatkan oleh perubahan hormon, sesetengah wanita akan mengalami peningkatan jumlah jerawat dan bintik-bintik. untuk itu, pasyikan kulit kekal bersih dengan menggunakan pencuci muka yang lembut dan pelembab bebas minyak.

5) Spider naevi/spider veins

Ada sesetengah yang mengalami salur darah kecil bercabang keluar yang kelihatan seperti labah-labah. ia boleh dilihat di wajah, bahagian atas leher, dada dan lengan. untuk itu, tingkatkan pengambilan vitamin C.

6) Varicose veins

Berkemungkinan ada di kalangan anda yang mengalami masalah urat biru besar terutamya bahagian kaki yang kadangkala menyebabkan pendarahan dan kesakitan.



7) Seri kehamilan

Perubahan inilah yang dinantikan! ketika hamil, aliran darah di bahadian kulit akan meningkat,. jadi lebih banyak minyak dihasilkan lalu menjadikannya semakin berminyak. Hasilnya kulit kelihatan lebih cerah, berseri dan berkilat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FARWIZAH M.I.D LOVE'S Copyright © 2015 Designed by NH Design