Sunday 26 February 2012

ESP(Energizing Soy Protein) Membantu Tambah Susu ? Kalau Amik Set B tanpa ESP.. boleh ke ???

Ramai yang bertanya..
“kak..kalau saya ambil trial pack set B (untuk tambah susu) TANPA ESP- energizing soy protein..membantu tak penyusuan?..susu banyak tak?..

Hmm..nak jawab cemana yer soalan2 lazim mcm ni…kita tengok je lah gambar ni yer.(kredit to genkimomma)..sebab kalau nak guna gambar sendiri.tak dapatla pulak sebab baby saya dah besar dah ..mana lah nak carik stok susu..hihihi..sekarang masa untuk saya memberi moral support dan guidance kat ibu2 yang lain..dan juga refresher buat saya..yelah untuk next baby saya pulak dalam perut ni..huhu..x sabar nak jadi EP mom semula..(sejujurnya, sepanjang menyusukan Maira dulu,ESP-energizing soy protein dan vitamin2 shaklee ni lah yang membantu susu sentiasa ada..insyaAllah dan yg pasti..Alhamdulillah)

Ikutkan saya bukan dari keturunan byk susu ibu. Mama dulu pn xde susu ibu..kami lah anak2 DUMEX..

ni gambar dengan mengambil supplement  ESP – energizing soy protein & vitamin-vitamin lain….

bukan je tambah susu,tapi kualiti juga terjamin.jadi untuk hasil yg optimum cubala Trial Pack set B with ESP-energizing soy protein..

credit : Farahwahida 

Thursday 23 February 2012

DOA MOHON REZEKI

Punca Kurang Rezeki:


1. Tidak mengingati Allah swt
2. Meninggalkan solat 5 waktu
3. Enggan membayar zakat
4. Derhaka kepada ibu-bapa
5. Mengelak melangsaikan hutang (jika berhutang)
6. Banyak dosa besar
7. Makan harta riba
8. Makan harta anak-yatim
9. Suka berbohong/ menipu
10. Terlibat dgn rasuah (memberi atau menerima)
11. membiarkan ahli keluarga derhaka
12. Cuai ketika membuang air kecil (ini beliau khususkan jika orang lelaki – jangan membuang air kecil sambil berdiri: mengikut kajian sains, kencing berdiri akan menyebabkan pelupa, sakit batu karang, etc…dan beliau menambah…”burung2 susah nak terbang” – ini kata-kata beliau sendiri ya…kalau tak faham tanyalah Dato’…hehehe)
13. Sorok . kedekut ilmu (iaitu orang yg berilmu tapi tidak mahu berkongsi/mengajar orang lain)
14. Suka mengadu-domba
15. Suka menabur fitnah

Petua Menambah Rezeki:

1. Patuh perintah Allah & banyakan berdo’a
2. Banyakkan bermunajat kepada Allah – di waktu malam
3. Taat/patuh kpd orang tua
4. Banyakkan membaca Al-Qur’an setiap hari (Imam Al-Ghazali ada menyebut 4 perkara : solat, berdoa dan zikir, membaca Al-Qur’an dan bertafakur mengingati Allah)
5. Selalu lakukan solat Taubah dan istighfar tiap2 malam (dengan bertaubat hati akan menjadi bersih, hati yang bersih akan menarik rezeki)
6. Melakukan Solat sunat Isra’ dan solat sunat Dhuha (pintu rezeki terbuka – masalah selesai – hati menjadi lapang)
7. Tawakkal kepada Allah
8. Banyak bersedekah dengan ikhlas
9. Menolong orang miskin / anak yatim / dan mereka yang menyambung pelajaran
10. memberi makan kpd binatang dengan ikhlas
11. Menunaikan haji dan umrah
12. Membentuk silaturrahim
13. Berumahtangga (bagi yg belum)
14. Berhijrah ke Jalan Allah
15. Amalkan doa-doa utk murah rezeki (Al-Ikhlas, Al-Waqiah, Al-Kauthsar, Al-Fatihah, doa dlm AL-Mathurat…

JOM KITA AMALKAN & TINGGALKAN YG MANA X ELOK

Friday 17 February 2012

Paras Gula Turun Selepas Mencuba Fiber (pesakit Diabetes) Paras Gula Turun Selepas Mencuba Fiber (pesakit Diabetes)

Malam ini saya tertarik dengan tajuk diabetes di blog Lyana....yang mana boleh dijadikan panduan untuk mak saya yang menghidap penyakit diabetes & darah tinggi....

Diabetes tidak boleh dipandang ringan..kerana bagi pengidap diabetes atau kencing manis, pada satu tahap tertentu sekiranya paras gula dalam badan mereka tidak terkawal, ia akan boleh menjejaskan semua organ dan sistem badan seperti kegagalan ginjal, mata, jantung, hati dan pelbagai lagi yang kadangkala boleh membawa maut. Sebab itulah diabetes digelar sebagai "Silent Killer" atau Pembunuh Senyap. Kebiasaannya diabetes lebih senang menyerang golongan yang berusia...namun kini golongan muda juga kanak-kanak ada yg mengidap diabetes disebabkan faktor pemakanan yang tidak sihat

Jom baca testimoni ibu Puan Intan (Pasir Gudang) yang bacaan gula dalam darah beliau turun hanya selepas 3 hari mengamalkan Fiber Plan Unflavoured.

"Mak dan ayah merupakan penghidap diabetes. Namun, paras gula dalam darah mak lebih tinggi berbanding ayah. Dah lama mak saya menghidap sakit ini, iaitu sejak hamil adik saya yang bongsu, berterusan hingga sekarang. Kedua-duanya bergantung kepada ubat. Bermakna ianya masih terkawal kerana masih mampu bergantung pada ubat dan belum lagi suntikan insulin. Mungkin berkat mak dan ayah menjaga pemakanan mereka sehari-hari. Ketika menjalani pemeriksaan bakal Haji, mak saya didapati paras kolesterol mak saya juga melebihi tahap yang sepatutnya. Mak telah dinasihati mengambil pula ubat mengawal kolesterol. 

Namun saya terfikir, alangkah baiknya kalau mak dan ayah tidak bergantung lagi kepada ubat kencing manis itu atau paling tidak mengurangkan dosnya. 
Akhirnya saya mengambil keputusan untuk membelikan ini sebagai bekalan untuk mak dan ayah.....Performance Drink dan Fibre Plan Unflavoured dari Shaklee...
Minuman Fiber ini merupakan serbuk serat semulajadi yang tidak berperisa dan kaya dengan Vitamin C. Setiap hidangan Fiber Plan ini mengandungi 4 g serat larut air. Ianya juga dipercayai dapat mengawal kandungan gula dalam darah dan paras kolesterol serta dapat memperbaiki kesihatan jantung. 
Sudah 3 hari mak dan ayah mengamalkan meminum Fiber ini setiap pagi sebelum mengambil sarapan. Hari ini, sepulangnya saya dari sekolah tadi, mak memberikan saya khabar gembira. "Tadi mak check darah, gula mak turun 4.6!!! Selalunya paling rendah pun mak dapat 7 atau 8, tak pernah dapat sampai macam ni.... " beritahu mak yang nampak gembira sangat dengan paras gula dalam darahnya. (Mak ayah saya memang ada kit pemeriksaan darah untuk diabetes. Jadi mereka boleh periksa kandungan gula sendiri secara teratur)  
SubhanAllah!!!! Saya yang dengar macam nak melompat kesukaan. Alhamdulillah... setelah pelbagai petua, ubatan dan minuman yang mak ayah saya cuba.. akhirnya hari ini dia berjumpa dengan yang sesuai dengannya. Saya memang gembira. Apatah lagi nampaknya tiada kesan sampingan daripada minuman ini.Tenang sikit hati saya bila mengetahui minuman Fiber ini sesuai dengan kedua orang tua saya. Tidaklah saya susah hati mengenangkan keadaan kesihatan mak dan ayah di Mekah nanti. 

Satu lagi minuman yang saya bekalkan untuk mak dan ayah saya adalah Shaklee Performance Drink khusus untuk membekalkan mereka tenaga dan mengelakkan dari dehidrasi sewaktu beribadah di Mekah kelak. Semoga mak dan ayah saya dapat melakukan ibadah Haji dengan lebih bertenaga dan sempurna tanpa sebarang halangan... insyaAllah..." 


Kepada anda semua yang mempunyai ibu bapa yang mempunyai penyakit diabetes...apa salahnya melabur untuk kesihatan mereka....dulu mereka menjaga sakit demam kita dan sekarang tibalah masa kita pulak yang menjaga sakit demam mereka.


sekiranya anda ingin membuat pesanan boleh sms saya 019-9027834

Lagi 4 Petua untuk kurus...

Kita sambung lagi 4 petua untuk kurus....

2)  Petua minum
  • Petua minum air ialah amalkan minum air sekurang-kurangnya 30 minit selepas makan atau selewat-lewatnya 2 jam selepas makan. Minumlah air bertapis sebaik-baiknya yang dibawa dari rumah.
  • Juga minumlah air kosong (bertapis) sebanyak 8 mug setiap hari. Seelok-eloknya minumlah ketika sedang duduk. Air membantu menyah toksik, kekotoran dan bahan logam yang tidak diperlukan dalam tubuh
  • Sekiranya boleh elakkan dari minum minuman berkafien atau mengandungi gas (dipanggil soda di USA) dan bergula.

3)  Petua Senaman
  • Ramai yang mengekalkan 2 di atas tetapi kerap terlepas pandang untuk bersenam. Kerja, kerja, kerja, tidak akan menjanjikan kerja akan habis. Jadi anda kena “curi” atau “make time” untuk senaman.
  • Seelok-eloknya buatlah senaman yang kita suka buat kerana ini tidak akan memaksa badan untuk mengeluarkan peluh. Kerana senaman yang kita tidak suka buat tidak menghasilkan peluh yang mencukupi dan berkualiti.
  • Jadi berseronoklah semasa bersenam seperti berenang, berbasikal, menari, taichi, bersilat, bermain bola, berjogging atau apa saja asalkan seronok dan berpeluh. Tetapi, jangan lupa untuk memulai senaman dengan sesi memanaskan badan dahulu.
  • Sekiranya senaman susah dilakukan, sesampai di pejabat jangan menaiki lif. Amalkan menaiki tangga.Sekiranya waktu merupakan kekangan bagi anda lakukanlah stretching, melompat atau berlari setempat dalam kiraan 300 dan “push-ups“, kesemuanya untuk tempoh 20 minit 4 kali seminggu dalam keadaan senang diri dan menyeronokkan.
  • Berlari setempat akan menguatkan otot-otot dan “push-ups” mampu membina otot pada dada, bahu, tangan dan terutama di bahagian abdoman atau perut.
4)  Petua Tidur
  • Tidur adalah waktu terbaik bagi merehatkan minda. Tetapi jangan lupa gosok gigi sebelum tidur. Ini adalah kerana tidur dalam keadaan mulut kotor akan memudahkan terbentuknya kekotoran yang akan tersalur ke otak dan membuat anda pelupa serta mampu merosakkan gigi serta gusi
  • Ramai juga yang tidak tahu bahawa ia adalah waktu dimana nutrien dan zat pemakanan diserap secara baik untuk diagih-agihkan ke organ-organ perlu. Ini dilakukan hanya dalam keadaan tubuh rehat sepenuhnya selepas waktu malam sahaja kerana waktu tersebut juga elemen-elemen alam selepas tengah malam hari mengoptima kerja-kerja ini.
  • Tidurlah selewat-lewatnya 11.00 malam dan bangun seawal subuh dan mandi. Mandi adalah petua awet muda pada waktu subuh, menegangkan kulit dan mampu menguruskan badan.
  • Sebaik-baiknya setelah bangun dari tidur minumlah 2-4 gelas air sebelum gosok gigi dan mandi. Ini adalah kerana bakteria baik dari mulut akan masuk ke dalam perut, bergabung dengan pro-biotik di dalam perut memudahkan pembuangan najis setiap pagi secara “natural” atau semulajadi.

Saturday 4 February 2012

5 TIPS KURUS BADAN

Info dbawah saya ambil dari tips yg dikongsi oleh Pn Iffah di FBnya.. actually ada5 tips petua kurus badan utk wanita khasnya.. saya sharekan diblog ni part by part ya.. Jom baca
_________________________________________________
Kenapa ramai orang gagal dalam usaha untuk menurunkan berat badan? Dan ramai juga menganggap hanya dengan menelan pil & ramuan tertentu dapat membantu menjadi kurus.
 "Kajian menunjukkan 90% orang gagal dalam usaha mereka untuk kurus kerana gagal menemui punca kepada masalah mereka".Jangan terperanjat dengan fakta tersebut. Teringatkah kita bagaimana cukup mudah bagi kita untuk menurunkan berat badan ketika kita masih muda? Dan ketahuilah, kajian juga mendapati wanita lebih susah untuk menguruskan badan berbanding lelaki. Secara amnya setelah umur meningkat semakin susah untuk seseorang itu menurunkan berat badan kerana tahap metabolisma telah menurun. Selain daripada faktor umur, cara hidup atau “lifestyles” juga mencorak bentuk badan seseorang itu. Mana tidaknya, makanan segeralah, air bergaslah, roti canailah, ayam injectionlah, menjadi antara hidangan kehidupan pada hari ini.Petua Kurus Badan akan berkongsi cara bagaimana anda boleh menjadi kurus, khasnya wanita walaupun banyak cabaran yang mendatang, sebenarnya masalah tersebut masih boleh di atasi. 
1. Makan
2. Minum
3. Senaman
4. Rehat
5. Solat
Part 1 ; Petua Makan
Waktu makan: 
  • Petua pertama adalah makan pada waktu yang sama selalu. Sekiranya sarapan anda adalah pada pukul 8.00 pagi, jadi biasakan makan pada waktu yang sama. Begitu juga waktu yang lain-lainnya.
  • Bagi makan malam pula, seelok-eloknya makanlah selewat-lewatnya waktu maghrib. Ini penting, kerana penghadaman mengambil masa 4 jam untuk selesai dilaksanakan betul-betul sebelum waktu tidur.
Kadar makanan:
  • Pernah dengar pepatah – kesihatan kita adalah “apa yang kita makan”? Ini membayangkan penyakit berlaku apabila kita makan makanan yang tidak berzat – beracun, terbiar lama, makanan yang diproses tidak mengikut tatacara proses yang betul.
  • Apapun makanlah dengan tertib, tidak tergopoh-gapah dan makanan dikunyah lumat baru ditelan.
  • Tujuan makan adalah untuk mendapatkan tenaga dan nutrien untuk tubuh badan. Bagaimanapun, makan hanya sekadar kenyang dan bukan mengenyangkan, melainkan anda kerap bersukan jadi sumber kabohidrat seperti nasi memang sangat diperlukan dengan kadar yang lebih banyak.
  • Kadar makanan yang berlebihan akan membuat anda berasa mengantok, menunjukkan perut memerlukan tenaga untuk menghadamkan makanan yang banyak dan melebihi had.
  • Seelok-eloknya, sekiranya perlu memakan daging makanlah ia seawal pagi atau siang hari kerana daging memerlukan waktu yang panjang untuk hadam. Ada pendapat mengatakan 36 jam untuk hadam.
  • Ambil makanan seimbang. Imbangan pemakanan berkhasiat sebenarnya adalah “sumber bahan bakar” seperti petroluem bagi kereta.
  • Jadi makanan berimbang akan memberi tenaga untuk kita bekerja dan kesihatan yang baik. Ini termasuklah untuk kekal kurus dan langsing.
  • Seelok-eloknya campurkan makanan anda dalam 5 gabungan kumpulan makanan seperti kekacang, buah-buahan, sayur-sayuran, tenusu dan makanan berprotein semasa makan, setidak-tidak 3 kumpulan.
  • Ini adalah kerana makanan seperti sayur adalah ejen pembakar makanan dan membantu menghadam makanan dengan cepat.
  • Elakkan makanan yang bergoreng dan berlemak terutama pada malam hari.
  • Panduan yang terbaik bagi mengisi perut adalah setiap 1/3 diisi makanan, air dan udara.
  • Makanan yang “secukup” perut amat mudah dihadamkan dan ini akan mengekalkan metabolisma tubuh badan dan kekal kurus.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FARWIZAH M.I.D LOVE'S Copyright © 2015 Designed by NH Design