Monday 26 December 2011

10 Amalan Terbaik Untuk Kekal Bertenaga

Ingin merasa kurang penat, hidup lebih ceria dan bertenaga - amalkan strategi berikut untuk meningkatkan tenaga:

1. Sentiasa makan sarapan pagi

Percaya atau tidak, hidangan yang pertama untuk sesuatu hari adalah yang paling penting, yang menyediakan bahan api yang diperlukan oleh badan untuk memastikan anda dapat menjalani hari anda. Jangan sekali-kali terlepas sarapan pagi; jika tidak sempat makan kepingan sarapan (breakfast bar), pisang atau epal, atau minum segelas jus.

2. Makan sedikit tetapi lebih kerap

Kajian telah membuktikan bahawa makan lebih sedikit dan makanan yang lebih menyihatkan sebenarnya memberi anda lebih banyak tenaga berbanding makan dengan kuantiti yang lebih banyak, yang sering membuat anda merasa
letih dan mengantuk! Cuba makan makanan ringan yang sihat setiap empat jam untuk mengekalkan tahap tenaga anda.

3. Bersenam

Berjalan, berjoging atau berbasikal sekurang-kurangnya lima belas minit setiap hari. Mana-mana jenis aktiviti fizikal akan meningkatkan tahap tenaga anda. Cari masa di antara waktu rehat, kelas, sebelum atau selepas kerja. Rancang dan wujudkan jadual untuk bersenam. Anda akan melihat peningkatan segera pada tahap tenaga anda.

4. Beri sel anda makan

Jika anda sering atau hanya kadang-kadang merasa penat dan keletihan yang melampau, ini mungkin tanda pasti yang sel-sel dalam badan anda tidak menerima nutrien secukupnya. Apabila badan kita tidak mendapat cukup nutrien dari pemakanan kita, kita menjadi letih dengan lebih cepat. Cara yang ampuh untuk merasa lebih bertenaga adalah untuk menambah diet kita dengan pemakanan tambahan yang dapat mempertingkatkan kesihatan sel kita.

5. Makan makanan tinggi tenaga

Pertimbangkan untuk menambah makanan yang mempunyai tenaga yang tinggi kepada diet anda seperti susu, keju, yogurt, kacang, telur, ikan, ayam, dan daging tanpa lemak.

6. Minum air

Minum air dengan kerap.

7. Minum jus

Minum segelas jus epal atau jus oren tulen. Kedua-dua akan membekalkan anda dengan tenaga yang banyak, terutamanya apabila anda sudah mula keletihan.

8. Kurangkan penggambilan kafein

Cara yang hebat untuk membantu mengekalkan tahap tenaga anda adalah untuk mengurangkan atau menghapuskan kafein dari diet anda. Ingat: kafein adalah sejenis perangsang dan akan membuat anda gelisah.

9. Vitamin

Ambil vitamin C, dan multi-vitamin (yang mengandungi B6, B12 dan asik folik). Atau, makan makanan yang kaya dengan vitamin ini seperti oren, badam, kacang tanah, anggur merah, delima, dan berry (Acai berry, elderberry).

10. Galian/Mineral

Ambil pemakanan tambahan yang mengandungi galian besi, ia akan meningkatkan tenaga keseluruhan anda.. 

Saturday 24 December 2011

Cara kawal kencing manis

Perubahan Cara Hidup
Perubahan cara hidup mampu mengelakkan kencing manis dan mengawal tahap gula dalam darah. Pesakit kencing manis dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan dan mengawal kencing manis dengan melakukan beberapa perkara seperti di bawah.
  • Pemakanan
    Pemakanan berkarbohidrat dan gula seharusnya dikurangkan supaya pengambilan kadar kalori pada sesehari itu terkawal. Berbincanglah dengan doktor atau pakar pemakanan untuk cara diet yang terkawal.

  • Senaman
    Senaman penting untuk membantu mengurangkan berat badan dan juga menambahkan kesihatan jantung dan paru-paru (kardiorespiratori). Senaman perlu dimulakan secara beransur-ansur dan dengan nasihat doktor.

  • Penjagaan berat badan
    Pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan akan mendapati tahap gula dalam badan sukar dikawal. Terdapat pesakit yang boleh menghentikan ubat kencing manis apabila berat badan dapat dikawal.

  • Pemeriksaan diri sendiri
    Pesakit kencing manis dinasihatkan membuat pemeriksaan sendiri terutamanya pada jari dan kaki yang kebas untuk tanda luka atau jangkitan kerana deria rasa sakit berkurangan. Ini membolehkan rawatan awal agar jangkitan tidak merebak.
Pemeriksaan Doktor dan Ubat
Pemeriksaan oleh doktor untuk memastikan kadar gula dalam darah mesti dilakukan secara berterusan. Ini membolehkan penghidap kencing manis memastikan bahawa tahap gula dalam darah adalah terkawal. Dianggarkan bagi setiap 1 peratus pengurangan kadar ujian darah A1 C, mampu menurunkan masalah berkaitan kencing manis sebanyak 40 peratus. Penjagaan anggota kaki dan tangan mampu mengurangkan kes anggota badan perlu dipotong disebabkan oleh komplikasi jangkitan sebanyak 45 hingga 85 peratus.

Kekerapan membuang air kecil boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- Kencing manis yang tidak terkawal dan tahap gula tinggi dalam darah
- Jangkitan kuman atau kencing kotor
- Kerosakan buah pinggang
- Masalah pundi kencing sama ada gangguan saraf atau masalah pundi kencing seperti pundi kencing yang terlalu aktif, disyorkan agar berjumpa doktor untuk pemeniksaan selanjutnya.

Tuesday 13 December 2011

Turunkan Berat Badan

Mengapa Turunkan Berat Badan?

Jika anda ada terlalu banyak lemak – terutamanya jika kebanyakannya pada pinggang anda – anda berada pada risiko yang lebih tinggi bagi masalah-masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kolesterol darah tinggi dan kencing manis. Dan anda tidak sendirian! Lebih 60% dari rakyat Malaysia adalah terlebih berat badan, dengan 50% dari jumlah itu berada dalam kategori obes. Statistik ini adalah mencemaskan kerana obesiti sekarang dikenalpasti sebagai faktor risiko utama dan sendirian bagi penyakit jantung.

Turunkan Berat BadanBMI anda: Indeks jisim tubuh (BMI) menilai berat badan anda relatif kepada ketinggian. Ianya satu ukuran komposisi tubuh yang berguna kerana ia menghubungkaitkan lemak tubuh dalam kebanyakan orang. Jika indeks jisim tubuh anda ialah 25.0 atau lebih, anda akan mendapat manfaat dengan menurunkan nombor anda ke bawah 25. Jika BMI anda adalah 30.0 atau lebih tinggi, anda pada risiko jelas bagi mendapat masalah kesihatan jantung.

Mengapa Menurunkan Berat Badan Penting Untuk Kesihatan Saya?

Bayangkan membawa beg galas 10 kg sepanjang hari, setiap hari. Ia membebankan, samalah juga seperti berat badan berlebihan. Apabila anda membuang lemak berlebihan dan berat yang tidak diperlukan, anda mengurangkan beban jantung, paru-paru, salur-salur darah dan tulang-tulang anda. Anda memberikan diri anda pemberian untuk hidup dengan aktif, merendahkan tekanan darah anda dan juga membantu anda rasa diri lebih baik dan yakin.

Apa Yang Boleh Saya Buat Untuk Menurunkan Berat Badan?

Jika anda terlebih berat badan atau obes, anda boleh mengurangkan risiko anda untuk mendapat penyakit jantung dengan menurunkan berat badan dan mengekalkannya. Malah menghilangkan seserendah dua atau tiga kilogram boleh memberikan penurunan tekanan darah yang dramatik.

Ketahui keperluan kalori anda:

Apabila merancang untuk menghilangkan berat badan, ianya penting untuk memahami apakah pengambilan kalori yang disarankan yang perlu bagi jantina, umur dan tahap aktiviti fizikal anda.

Kesan dan jejak kalori anda:

Walau jika anda menjejak apa yang anda makan selama beberapa hari, anda akan belajar banyak tentang tabiat anda. Kira jumlah kalori makanan yang anda makan berbanding dengan kalori tenaga yang anda gunakan pada tahap aktiviti fizikal anda. Ianya adalah berkaitan dengan mengimbangkan kalori masuk dan kalori keluar, dan belajar merancang sewajarnya untuknya.

SET B + LECITHIN adalah penyelesaiannya...

Maklumat lanjut hubungi:
019-9027834 @ farwizahdarwisha@yahoo.com

Monday 12 December 2011

Fibroid

Apa yang anda perlu tahu tentang fibroid?

Fibroid adalah sejenis ketumbuhan yang berasal dari tisu pada rahim. Apabila ia membesar, fibroid boleh memberikan pelbagai masalah kepada wanita seperti, menghimpit pundit kencing, mengalami haid yang banyak, sakit samasa haid dan sakit semasa bersama dan sebagainya. Ia boleh tumbuh sehingga sebesar biji bola tapi ia bukan sejenis kanser.
Kebanyakkan simtom yang dihadapi oleh wanita ialah kerap kencing, sembelit, sakit haid, darah haid yang banyak. Kadang-kadang dia boleh menghadang pintu rahim dan sekiranya wanita tersebut hamil, beliau terpaksa bersalin secara pembedahan ceasarean.

Bagaimana wanita boleh menghidapinya?

Fibroid adalah kejadian yang kerap terjadi iaitu pada 25% kaum wanita tetapi setakat ini kita tidak dapat pastikan bagaimana ia terjadi. Walaubagaimanapun, kehadiran hormon estrogen berkait rapat dengan pembesaran fibroid. Fibroid terjadi kebanyakkan pada mereka yang berusia 30-40 tahun iaitu dalam usia reproduktif. Apabila umur semakin meningkat dan takat estrogen yang semakin rendah, fibroid juga akan susut secara sendirinya.

Apakah simptom yang dihadapi wanita?

Kebanyakkan wanita tidak mengetahui mereka mempunyai fibroid kerana ia jarang memberikan masalah tetapi sekiranya ia terlalu besar dan berada pada ruang saluran, pesakit akan mengalami:
  • Sakit semasa haid (senggugut)
  • Sakit belakang
  • Haid yang banyak
  • Sembelit
  • Kencing kerap
  • Keguguran yang kerap
  • Sukar mengandung

Bagaimana fibroid dapat dikesan?

Kebanyakkan fibroid dikesan secara tidak sengaja kerana ia sering tidak memberi sebarang gejala. Sekiranya anda merasa sesuatu bengkak pada bahagian bawah perut, berjumpalah dengan doktor untuk mengetahui punca pada bengkak tersebut. Ujian ultrasound scan dengan senang akan dapat membezakan samada bengkak itu berasal dari firoid atau ovari.

Bagaimana fibroid ini dirawat?

Kebanyakkan fibroid tidak memerlukan rawatan tetapi doktor anda akan mempertimbangkan atau menyarankan rawatan bergantung kepada:
  • Sebanyak mana haid dan sakit senggugut yang anda hadapi
  • Berapa cepat fibroid tersebut membesar
  • Usia anda kerana fibroid akan mengecil apabila mencapai usia menopos
  • Keinginan anda untuk mendapatkan anak, kerana fibroid boleh menyebabkan ketidaksuburan dan kesukaran untuk mengandung
Sekiranya anda memang memerlukan rawatan, terdapat dua jenis pembedahan yang akan disarankan. Satu dinamakan myomectomy dimana ketumbuhan itu sahaja yang akan dibedah dan dibuang oleh doktor, manakala hysterectomy pula adalah pembedahan membuang kesemua rahim dan selalunya dibuat kepada wanita yang hampir mencapai usia menopos dan mereka yang tidak lagi mahukan anak.
Bagi mereka yang masih inginkan zuriat, myomectomy adalah pilihan terbaik. Walaubagaimanpun, risiko pendarahan semasa pembedahan adalah lebih tinggi tinggi berbanding hysterectomy.
Ada juga ubat yang boleh mengecutkan fibroid tetapi ia mempunyai kesan sampingan dan keberkesanannya pula tidak begitu memuaskan kerana fiboid akan tumbuh semula selepas ubat tersebut habis dimakan.
Selepas myomectomy, terdapat 25% risiko untuk fibroid membesar semula dalam masa 10 tahun. Satu -Satunya prosedur yang boleh memastikan yang fibroid tidak tumbuh semula ialah melalui hysterectomy.

Macamana untuk menghindar dari mendapat penyakit fibroid ini?

Malangnya tiada cara yang boleh kita hindari untuk mengelak dari fibroid kerana ia tiada kaitan dengan pemakanan atau gaya hidup dan ia juga bukan sejenis penyakit keturunan.

GLA adalah supplement yang sesuai untuk mereka yang ada fibroid.
source : alam hamil

OBESITI




- Obesiti boleh meningkatkan paras serum kolestrol & triglyceride

- Ia juga boleh merendahkan perlindungan HDL

- Ia mendorong kencing manis

- 4 x ganda peluang mendapat tekanan darah tinggi

- Kemontelan mendera jantung anda, kerana ia perlu lebih bekerja lebih kuat

dan banyak.

Untuk kurus ambillah LECITHIN...

untuk ibu menyusu boleh ambil SET B + LECITHIN

http://www.facebook.com/pages/MID-Love/154028198029189


OVARIAN CYST



An ovarian cyst is any collection of fluid, surrounded by a very thin wall, within an ovary. Any ovarian follicle that is larger than about two centimeters is termed an ovarian cyst. An ovarian cyst can be as small as a pea, or larger than an orange.

Most ovarian cysts are functional in nature and harmles. In the US, ovarian cysts are found in nearly all premenopausal women, and in up to 14.8% of postmenopausal women.

Ovarian cysts affect women of all ages. They occur most often, however, during a woman's childbearing years.

Some ovarian cysts cause problems, such as bleeding and pain. Surgery may be required to remove cysts larger than 5 centimeters in diameter.

source :wiki

Untuk mengelakkan cyst dibedah..jom kita baca testimoni pengguna yang menggunakan GLA sebagai supplementnya.....

FB PAGE : http://www.facebook.com/pages/MID-Love/154028198029189

Thursday 8 December 2011

Cyst tak jadi dibedah selepas makan Shaklee

Testimoni pengguna GLA
Selepas bersalin anak pertama, saya pergi check up seperti orang lain juga. Check up yang pertama adalah sebulan selepas bersalin. Pada hari appointment, doktor macam biasa, scan perut untuk pastikan rahim kecut seperti asal. Alhamdulillah, rahim dah kecut macam biasa...tapi, tiba-tiba doktor dapat kesan ada cyst di ovari saya....Dah besar 5cm katanya....
" An ovarian cyst is any collection of fluid, surrounded by a very thin wall, within an ovary. Any ovarian follicle that is larger than about two centimeters is termed an ovarian cyst. An ovarian cyst can be as small as a pea, or larger than an orange.Some ovarian cysts cause problems, such as bleeding and pain. Surgery may be required to remove cysts larger than 5 centimeters in diameter - Wikipedia "
Air muka doktor macam cuak je...Mula-mula saya tak pasti apa itu cyst ovari dan kesannya....dia kata tunggu next appointment, scan tengok mcam mana....kalu perlu, kne operate buang...
Operate? Alamak....seumur saya tak pernah kena bedah...dan sememangnya taknak operate...sebab apa yang saya tahu, bila operate ni seolah-olah kita dah ganggu sistem badan kita....kesian badan kita....masa bersalin dulu pun, saya dah berazam dan cakap dengan doktor, nak bersalin normal...Alhamdulillah, Allah permudahkan...
so, doktor set kan tarikh untuk next appointment...
Next appointment pada 09/02/2011, saya scan lagi dan cyst tu masih 5.37 cm...Inilah gambar scan saya...
scan_cyst_01_800x613
Doktor dah mula plan nak operate saya...takpe, dia bagi can lagi sehingga next appointment utk pilih tarikh memandangkan anak saya baru 4 bulan dan fully breastfeed..Klau boleh, dia cadangkan saya operate bila anak dah umur 6 bulan supaya dah mula makan dan tak sepenuhnya bergantung pada susu badan...
Balik rumah, saya dah risau..saya memang nak elak daripada dibedah.
Terus saya tanya senior saya, kak cery, ada ke produk Shaklee untuk rawat cyst ovari ni? Beliau rekemenkan saya dengan GLA Complex dan saya mula makan pada awal bulan April.
Pada next appointment iaitu 04/04/2011, Saya scan lagi dan ukuran diameter berkurangan menjadi 5.03 cm.
scan_cyst_02_800x613
Doktor masih rekemen untuk bedah....saya minta tunggu lagi hingga next appointment pad 13/05/2011, tibalah pada tarikh untuk saya operate untuk buang cyst tersebut
Untuk kali terakhir, saya minta doktor scan dan ukuran diameter cyst tersebut menjadi2.73cm !!! Anda boleh lihat pada gambar scan ni ada tulis diameternya tu...
scan_cyst_03_800x613
Alhamdulillah, syukur kepada Allah sebab saya tak jadi dibedah..So, apa yang saya amalkan selama 2 bulan ni?
1) Mengambil vitamin Shaklee GLA Complex
GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid-asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.GLA (Asid Linolenik Gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan.
GLA atau nama penuhnya Gama Linolenik Asid berfungsi menstabilkan hormon di dalam badan kita. Boleh diambil oleh lelaki dan wanita. Ia sangat membantu terutama mereka yang mempunyai masalah jerawat, mereka yang punya masalah menstrual, monopause sindrom, darah tinggi dan kencing manis.
Kelebihan vitamin GLA Shaklee ini ialah kerana ia mengandungi vitamin E yang asli.
2) Memakai Pad Herba Avail
3) Mengamalkan baca doa untuk mengecilkan bengkak:      " Wahai Allah yang maha mengecilkan benda yang besar dan maha membesarkan benda yang kecil, kecilkanlah pada dia (sebut nama pesakit). Ya Allah wahai  yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani...."
- Doa ini dibaca pada segelas air lalu diminum 2 kali sehari
Alhamdulillah, lepas je jumpa doktor, saya terus ke surau untuk sujud syukur....Sesungguhnya tiada yg lebih berharga daripada anugerah kesihatan yang baik....Syukur alhamdulillah....
credit to : wonder mum

Monday 5 December 2011

Lebih 600 oz Stok Masa Berpantang

Artikel yang kupetik dari ummi yang mana berjaya dapat menghasilkan lebih dari 600 oz dapat dikumpulkan semasa berpantang.WOW..MENAKJUBKAN!!!! alangkah seronoknya dapat menghasilkan susu ibu sebanyak ini.....

Jom kita ikuti kisah Ciput Bob...

Sebelum melahirkan puteri kedua, Ifa atau nama femes FBnya Ciput Bob, telah mula mendapatkan konsultasi dan produk penyusuan Shaklee “3M Breastfeeding Set” dari saya. Memang berkobar-kobar semangatnya untuk menjayakan penyusuan esklusif kali ini. Sungguh kagum :)..
Baiklah, hari ini Ifa telah tag hasil tuaian diwaktu pantangnya… Jom sama-sama kita lihat sebab saya nak anda TERUJA bersama saya!!
Rahsia Ciput Bob_Ifa Buat Stok Susu Dalam Pantang dengan 3M Breastfeeding Set Shaklee di SayaMahuSihat
Mari saya emphasize kan apa yang Ifa kata:
thanks Iffah Anuar. Mulanya ifa rasa macam tak yakin, tp berkat doa, usaha, kata2 semangat n perangsang dari orang yang tersayang disekeliling ifa, semuanya menjadi kenyataan. tambahan pula set 3M yang ifa amalkan membantu kejayaan ifa kali ini.Semoga semua ibu mampu untuk menyusukan bayi mereka kerana rezeki yang Allah kurniakan tidak ternilai hebatnya......InsyaAllah.....
Saya ada bertanya kepada Ifa, agak-agaknya dah berapa stock yang dikumpulkan?
Rasa2nya dh lebih 600 oz. xperlu DF...sbb sblh tu ade 1 lg peti ais, kat luar pun ade 1 lg peti ais. tmpt simpanan yang mencukupi...... hehehehe....

Trial Pack....Set mana yang sesuai untuk anda?

Anda mesti nak tahu apa kelebihan setiap Trial pack yang kami sediakan.., Credit to Kak Laila for the info.., meh kita jengah apa yang ada yer..!

1. TRIAL PACK A
  • merupakan supplement asas
  • membantu anda berasa lebih bertenaga
  • mempertingkatkan kesihatan lebih menyeluruh
  • menguatkan imun badan
  • sesuai untuk seisi keluarga, lelaki @ wanita
  • sesuai bagi mereka yang memerlukan diet seimbang
  • mengandungi 30 tablet multivitamin @ vitalea, 30 tablet B Complex, dan 45 tablet Vitamin C

2. TRIAL PACK B
  • mengandungi Alfafa
  • Alfafa berfungsi untuk melancarkan sistem badan
  • milk booster untuk ibu yang menyusu
  • membantu maslah wanita termasuk keputihan
  • amat sesuai untuk ibu yang menyusukan bayi
  • mengandungi 30 tablet multivitamin @ vitalea, 30 tablet B complex, 30 tablet Vitamin C, dan 60 tablet Alfafa

3. TRIAL PACK C
  • khusus untuk bakal ibu dan set berpantang
  • sesuai untuk yang baru lepas operation
  • zink berfungsi untuk percepatkan proses baik pulih luka, terutama luka dalaman
  • mengandungi 40 tablet multivitamin @ vitalea, 40 tablet B complex, 40 tablet Vitamin C, dan 40 tablet Zink

4.TRIAL PACK D
  • sangat sesuai bagi mereka yang pentingkan kecantikan kulit
  • sesuai untuk mereka yang mempunyai maslah kulit  atau kulit sensitif
  • Vitamin C untuk perlindungan sel dan kolagen
  • B Complex sebagai penenang kepada sel dan hormon
  • Vitamin E untuk kulit, anti penuaan dan antioksida
  • mengandungi  30 tablet B complex, 30 tablet Vitamin C, dan 30 kapsul Vitamin E

5. TRIAL PACK E
  • sesuai untuk ibu yang menyusukan bayi dan tidak mengambil susu dalam diet seharian mereka
  • bantu mengekalkan paras tekanan darah
  • sesuai untuk mereka yang mengalami sakit tulang, symptom PMS yang teruk, tidak minum susu, dan sakit-sakit sendi
  • membina tulang dan gigi yang kuat
  • membantu kontraksi otot dan transmisi saraf
  • mengandungi 30 tablet multivitamin @ vitalea, 30 tablet B complex, 30 tablet Vitamin C, 60 tablet Alfafa, dan 1 botol Oste-metrix (120 tablet)

6. TRIAL PACK F
  • sesuai untuk wanita yang mementingkan kecantikan dan kesihatan dalaman
  • Vitamin E bertindak sebagai anti-oksidan bagi mengekalkan awet muda
  • sesuai untuk mengatasi maslah kedinginan suami isteri
  • mengandungi 30 tablet Vitamin E dan 90 tablet Alfafa

7. TRIAL PACK G
  • bagi mereka yang mengalami maslah resdung, asma, allergic, dan eczema
  • mengandungi 30 tablet B complex, 60 tablet Vitamin C, dan 120 tablet Alfafa

8.TRIAL PACK H
  • Individu yang lemah sistem Imun atau merasakan pengambilan Vitamin C (dos tinggi) tidak memberikan kesan
  • mereka yang demam melarat melebihi seminggu
  • ibu yang menyusu, tetapi anaknya kerap demam
  • mengandungi 10 sachet NutriFeron.

Testimoni dari Ibu Johor

Jom kita ikuti artikel dari MamaFaiz tentang seorang ibu Johor (Zura) yang menggunakan shaklee ni....ni blognya..


Jom baca....
Pengalaman Menyusu Tiga Bujang Lapok! :)
Menyusukan bayi adalah merupakan satu pengalaman yang amat berharga buat saya. Alhamdulillah dari awal saya mengandungkan anak sulung saya, saya dah mula memasang niat yang saya hanya akan berikan susu hasil dari badan saya kepada anak saya. Walaupun pada peringkat awalnya suami saya kurang yakin dengan niat saya. Tapi alhamdulillah lama kelamaan dia mula menyokong saya dan banyak membantu saya dalam misi menjayakan penyusuan susu ibu ini.
Namun pada peringkat awal saya menghadapi banyak maslah, sampai ada dikalangan keluarga yang cakap "hye beli barang mahal-mahal mampu, tak kan nak beli kan susu anak tak boleh" Sunguh kolot pemikiran orang itu. huhhh..!! Sedih memang sedih, tapi alhamdulillah berkat ke"degilan" dan kata-kata semangat dari suami dan rakan-rakan. Alhamdulillah saya berjaya menyusukan anak-anak saya secara exclusive.
Syukur, rezeki anak saya juga murah, sampai ada yang pelik tengok saya, badan kecil tapi susu banyak. Sekali lagi saya tegaskan di sini, susu yang banyak bukan bergantung pada saiz tubuh mahupun saiz payu dara kita. Dan Alhamdulillah saya yang dulu naif tentang penyusuan susu ibu dah mampu untuk sama-sama berkongsi maklumat dan memberikan sedikit ilmu yang saya ada untuk rakan-rakan sama-sama menyusukan bayi mereka. Menyusukan anak ini ibarat kita berjuang, jika kita betul-betul yakin, bersemangat dan berusaha baru kita akan berjaya.
Dan lagi membanggankan diri saya sendiri apabila orang yang pernah mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya teruja melihat pembesaran anak saya. "Eh semangatnya dia, minum susu apa nie" dengan selamba dan pantas saya jawab " susu mommy laa kan sayang, tak kan anak manusia nak bagi susu lembu, anak manusia kenala minum susu manusia" Sorry to say dat..!!
Amsyar Danish Haiqal
Aisy Fayyadh Aqeel
Adam Khalish Uqail



















Bercerita mengenai pengalaman saya menyusukan anak, untuk kedua-dua hero saya Amsyar dan Aisy, semasa saya menyusukan mereka, saya tidak mengambil sebarang vitamin. Saya hanya ambil kapsul Sendayu Tinggi. Memang tak dinafikan hasil susu saya sangat memuaskan. Tapi badan saya masih rasa letih. Bila Baby ketiga saya lahir, saya mula terfikir yang saya perlu "sesuatu" untuk Adam untuk pastikan saya kekal sihat dan dan menghasilkan susu yang terbaik untuk baby saya. Dan kebetulan ada kawan saya beritahu yang dia mengamalkan produk Shaklee ni, dan saya pun mula mencari info di internet sehingga lah saya jumpa blog Kak Laila. Kebetulan suami saya sememangnya ahli Shaklee dari tahun 2002. Pada mulanya saya hanya ambil vitamin asas penyusuan dari Shaklee iaitu Alfafa, B-Complex, Vitalea dan Vitamin C sahaja. Tapi sekarang saya juga telah banyak mencuba produk-produk lain keluaran Shaklee dan sememangnya saya sangat berpuas hati.
Hari pertama saya mengambil vitamin ni saya dah mula nampak kesannya, susu saya semakin pekat dan baby saya cepat kenyang. Kepekatan susu badan saya sama seperti kepekatan susu formula. Memang saya amat teruja. Walaupun sebelum ni saya menyusu kan anak-anak saya, tapi hasilnya agak berbeza dari sebelum saya mengambil vitamin tersebut. Pada hari kedua, sebelum pergi ke pejabat, seperti biasa saya akan pum susu saya. Lagi sekali saya rasa teruja keranahasil susu yang saya pam memang menakjubkan. Biasanya sekali pam untuk kedua-dua breast dalam 10oz sahaja, tapi pagi tu saya dapat pam hampir 10oz untuk sebelah breast dan total untuk pagi sahaja saya dapat hampir 18oz. Dan Alhamdulillah hasil susu saya terus meningkat. Apa yang penting, saya kene rajin dan banyak berdoa semoga rezeki anak saya terus murah.

Sunday 4 December 2011

Testimoni pengguna shaklee: Set B + Ostematrix + ESP

Petikan asal blog : Mommy Icha

sekiranya kawan-kawan merasakan pengambilan Set B semata-mata tidak mendatangkan hasil yang memuaskan, provided kawan-kawan buat 3 amalan utama bf mommies (pam konsisten ; air lebih 3L ; doa yang berterusan), maka saya syorkan kawan-kawan mencuba pengambilan Set B ini bersama ESP atau Ostematrix ; atau kedua-duanya sekali!

memang menakjubkan!

saya mula-mula tak perasan sangat benda ni since saya memang dari awal percintaan saya dengan SHAKLEE terus ambik SET E add-on ESP, so, memang saya takde problem apa-apalah. alhamdulillah. tapi, setelah seorang teman saya, kak ita, yang dah hampir give-up makan Set B dan buat segala macam teknik yang perlu nak banyakkan breastmilk tak menjadi, disarankan mengambil Ostematrix (dia dah ambik ESP masa tu). kak ita akhirnya mendapat hasil yang diinginkan! best sangat!

cerita ni dah lama. sms kak ita pun saya dah delete. haha. maybe korang boleh tanya sendiri dengan kak ita di Facebook Kak Ita. dan lagi satu tips, kak ita tak makan semua vitamin sekaligus. dia makan berasingan ikut masa tertentu. tips yang bagus sebab kita sedia maklum pengambilan vitamin akan menambah kepekatan darah. so, lebih baik dimakan pada waktu berlainan, mengikut keperluan dan kesesuaian.

sampai sekarang, kak ita setiap bulan akan topup vitamin-vitamin SHAKLEE tau. dan setiap bulan le cik abang kak ita datang ambil stok vitamin kat rumah saya (sebenarnya nak jenguk bakal menantu hehehe).

so, kepada kawan-kawan yang merasakan masih kurang berpuas hati dengan pengambilan Set B semata-mata, bolehla mencuba add-on Ostematrix ( Set E la ni!) atau ESP. lagipun, penambahan kedua-dua suplemen ni turut membantu melengkapkan lagi keperluan zat dalam badan.

Doa

ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEWAKTU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU DAHULU...
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FARWIZAH M.I.D LOVE'S Copyright © 2015 Designed by NH Design